~La sYarqiah wa La Gharbiah.... La Syarqiah Wa La Gharbiah... La Syarqiah Wa La Gharbiah... Islamiah ! Islamiah! IslamiaH !
~Wa Nahnu Ma'a FalasTin .....Wa Nahnu Ma'a Falastin.. La Gharibiah Wa La Syaqiah.. IraQiyin Ma'ana.. IraQiyin Ma'an.. La Syarqiah Wa La Gharbiah.. Islamiah ! Islamiah !
Begitu bersemangat sekeli pemuda-pemuda (Syabab) al-Azhar-Cairo berdemonstrasi di kawasan kuliah.
-Kelmarin sempat aku menziarahi Kuliah al-Azhar Cairo... Setibanya aku di perkarangan kuliah al-Azhar ... Berlaku perhimpunan kepaduan gandingan pemuda-pemuda Islam melaungkan bantahan serangan ke atas Iraq dan pembelaan Palestin.
~(La Syarqiah) Tidak memihak kepada Timur (Wa La Gharbiah) Tidak pula pihak Barat (Islamiah! Islamiah !) Islam ! Islam ..
~Begitulah suara-suara nyaring bergema di kawasan kuliah yang sibuk dengan kependudukan yang lalu lalang di hadapannya.
~(Nahnu ma'a Falastin) Kami bersama masyarakat Palestin (Iraqiyin ma'na) Juga Masyarakat Iraq bersama kami... (La Gharbiah wa la syarqiah) Tidak memihak Barat dan tidak pula bpihak kepada timur... (Islamiah ! Islamiah !) Islam ! Islam !
Di ulangi beberapa kali dengan di ketuai oleh seorang student al-Azhar yang kurus, putih dan mempunyai misai yang sedikit..
~Kaget aku berdiri yang di kelilingi pemuda-pemuda Arab yang bersalutkan serban putih hitam di badan... Simbol pembelaan Palestin.. Mata ku terpaku melihat begitu bersemangat sekali mereka memperjuangkan hak-hak mereka sekalipun tidak mampu berpenderitaan bersama-sama masyarakat Palestin.. Ini lah perjuangan mereka...
Di samping itu, beberapa barisan polis pencegah rusuhan mula mengorak langkah tugasannnya menenangkan keadaan di kawasan kuliah ... Tidak sempat mereka berarak keluar dari kuliah, polis lebih dahulu menyekat pintu keluar kuliah supaya situasi tersebut tidak kronik... Alhamdulillah segala nya terkawal hanya di perkarangan kuliah...
Imtihan -Walaupun student di sini tgh sibuk mengulang kaji mata pelajaran... dan kejadian tersebut boleh dilakarkan seblm mana pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan.. Namun, atas keprihatinan mereka terhadap mangsa-mangsa keganasan musuh.. dan perkembangan politik dunia dengan kepincangan berdasarkan umat Islam, tidak pernah diabaikan oleh mereka.. Ini lah Pemuda-pemuda Islam..
Kagum -Sejauh mana pandangan dan pengalaman hidup aku.. di Malaysia.. walaupun demonstrasi tetap wujud..akan tetapi perbandingan yang dapat aku rasai tetap tidak dapat disamakan dengan situasi yang wujud di sini. Itu lah.. janji dan hadith yang pernah di ceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Pemuda yang penuh keberanian dan Pemuda yang tetap keimanan dari golongan Arab.
Konflik -Namun ada yang mempertikaikan kaedah demonstrasi. Tiada manfaat, tidak formal, membawa kehuru-haraan, tidak relevan.... Ya mmg benar kalau tidak kepada tujuan sebenar dan memang menyalahi suasana kemasyarakatan tempatan. Dasar inilah kedah Demonstrasi yang wujud d'negara kita dan pengalaman di sini berbeza..
-Semoga Islam sentiasa Terbela-
"Menyorot Arah"
Cairo, Egypt
Saturday, January 11, 2003
Tuesday, January 07, 2003
~Dah seminggukan kita tahun baru.. D'tengah-tengah bebudak al-Azhar bertungkus lumus menduduki exam, aku plak sibuk dengan dunia-dunia aku.. Ya la. aku pun ada exam gak, anyway aku start exam 14 januari ni.. Hope semua sukses la.. Sempat gak aku bikin satu puisi untuk diri aku sendiri.. Sambil-sambil menelaah buku Tauhid dan Lughah Arabiah terbaca satu syair Arab mengenai keperibadian diri bila mana terdetik jam 12 tengah malam.. Kurang arif sangat aku nak fahami syair-syair terserbut.
~Sambil tu tercetus lak nak bikin sajak.. Alhamdulillah siap gak.. entah la.. cam ne.. semuanya atas dasar emigine aku dari harian aku dan kehidupan aku dahulu dan seterusnya.. Pinjam plak kata-kata ujang kot :Hidup Mesti Terus..
~Papa and Mama aku call semalam; Diorg baru tahu aku demam.. Alhamdulillah dan sembuh 3 hari lepas.. Diorang pun demam kat kampung sana.. Mmg dua jiwa takkan dapat dipisahkan.. Alhamdulillah terubat rindu dan tercapai restu untuk aku nak exam ni... Hope nkorang pun sama-sama doakan kejayaan kitaorg semua..
Reformasi Di Tahun Baru
Telah meninggalkan memori
Setiap detik Disember hingga januari
Senyum ketawa dan duka lara
semua bukan lagi rahsia
Tahun Baru
Bukan tiba akhir di situ
Melakar sinaran hidup dimuka
Selagi nyawa masih bernama
Untuk penyelesaian kian tiba
Kenang bersama waktu
Dari menoleh sejarah dahulu
Kepincangan dan kebobrokan
Denyut ngeri ketika bolos Iman
Tidak melemahkan semangat juang
Cita-cita bersama impian
Tahun baru
Revolusi dan reformasi
Langkah berhijrah
Di tahun mashiah
Tidak salah dan tidak goyah
Asal jangan Iman terus merekah
Dari kegelapan laknatullah
Tahun baru
Mula mengorak usah mengalah
"Yang lepas biarkan lepas"
Cermin-lah al-Quran dan al-Sunnah
Buat pedoman hidup lebih bemarwah
Berganding terus dengan gagah
Paksi dan inflasi diri dari Syahwah
Segala usaha keranaMU ya Allah
"Menyorot Arah"
Cairo Egypt
~Sambil tu tercetus lak nak bikin sajak.. Alhamdulillah siap gak.. entah la.. cam ne.. semuanya atas dasar emigine aku dari harian aku dan kehidupan aku dahulu dan seterusnya.. Pinjam plak kata-kata ujang kot :Hidup Mesti Terus..
~Papa and Mama aku call semalam; Diorg baru tahu aku demam.. Alhamdulillah dan sembuh 3 hari lepas.. Diorang pun demam kat kampung sana.. Mmg dua jiwa takkan dapat dipisahkan.. Alhamdulillah terubat rindu dan tercapai restu untuk aku nak exam ni... Hope nkorang pun sama-sama doakan kejayaan kitaorg semua..
Reformasi Di Tahun Baru
Telah meninggalkan memori
Setiap detik Disember hingga januari
Senyum ketawa dan duka lara
semua bukan lagi rahsia
Tahun Baru
Bukan tiba akhir di situ
Melakar sinaran hidup dimuka
Selagi nyawa masih bernama
Untuk penyelesaian kian tiba
Kenang bersama waktu
Dari menoleh sejarah dahulu
Kepincangan dan kebobrokan
Denyut ngeri ketika bolos Iman
Tidak melemahkan semangat juang
Cita-cita bersama impian
Tahun baru
Revolusi dan reformasi
Langkah berhijrah
Di tahun mashiah
Tidak salah dan tidak goyah
Asal jangan Iman terus merekah
Dari kegelapan laknatullah
Tahun baru
Mula mengorak usah mengalah
"Yang lepas biarkan lepas"
Cermin-lah al-Quran dan al-Sunnah
Buat pedoman hidup lebih bemarwah
Berganding terus dengan gagah
Paksi dan inflasi diri dari Syahwah
Segala usaha keranaMU ya Allah
"Menyorot Arah"
Cairo Egypt
Subscribe to:
Posts (Atom)

