~Dah seminggukan kita tahun baru.. D'tengah-tengah bebudak al-Azhar bertungkus lumus menduduki exam, aku plak sibuk dengan dunia-dunia aku.. Ya la. aku pun ada exam gak, anyway aku start exam 14 januari ni.. Hope semua sukses la.. Sempat gak aku bikin satu puisi untuk diri aku sendiri.. Sambil-sambil menelaah buku Tauhid dan Lughah Arabiah terbaca satu syair Arab mengenai keperibadian diri bila mana terdetik jam 12 tengah malam.. Kurang arif sangat aku nak fahami syair-syair terserbut.
~Sambil tu tercetus lak nak bikin sajak.. Alhamdulillah siap gak.. entah la.. cam ne.. semuanya atas dasar emigine aku dari harian aku dan kehidupan aku dahulu dan seterusnya.. Pinjam plak kata-kata ujang kot :Hidup Mesti Terus..
~Papa and Mama aku call semalam; Diorg baru tahu aku demam.. Alhamdulillah dan sembuh 3 hari lepas.. Diorang pun demam kat kampung sana.. Mmg dua jiwa takkan dapat dipisahkan.. Alhamdulillah terubat rindu dan tercapai restu untuk aku nak exam ni... Hope nkorang pun sama-sama doakan kejayaan kitaorg semua..
Reformasi Di Tahun Baru
Telah meninggalkan memori
Setiap detik Disember hingga januari
Senyum ketawa dan duka lara
semua bukan lagi rahsia
Tahun Baru
Bukan tiba akhir di situ
Melakar sinaran hidup dimuka
Selagi nyawa masih bernama
Untuk penyelesaian kian tiba
Kenang bersama waktu
Dari menoleh sejarah dahulu
Kepincangan dan kebobrokan
Denyut ngeri ketika bolos Iman
Tidak melemahkan semangat juang
Cita-cita bersama impian
Tahun baru
Revolusi dan reformasi
Langkah berhijrah
Di tahun mashiah
Tidak salah dan tidak goyah
Asal jangan Iman terus merekah
Dari kegelapan laknatullah
Tahun baru
Mula mengorak usah mengalah
"Yang lepas biarkan lepas"
Cermin-lah al-Quran dan al-Sunnah
Buat pedoman hidup lebih bemarwah
Berganding terus dengan gagah
Paksi dan inflasi diri dari Syahwah
Segala usaha keranaMU ya Allah
"Menyorot Arah"
Cairo Egypt
Tuesday, January 07, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment