Monday, May 31, 2004

"Usul Oh Usul" -"Hidup Bersama"

Adozzzz!!! Selesai satu bab! Memang kelmarin ni, soldOut la stady. Rasa Tobat jek. Dah la subjek gile Bangkong susah. Nak susun satu persatu point-point Usul+Kaedah bukan main senang. Dah la susun satu, nak paham teori Kaedah pun belum tentu dapat guna.

Usul Feqh, memang berhantu la subjek ni. Kalau ikut pengalaman senior, memang diaorang ni paling Fobia kalau kena repeat balik subjek ni. Minta-minta la bleh lulus. Lulus pun jadi la. Kalau ikut hati... Score jek.. Tapi,.."Lulus pun Ok jek".

Tengok year la. Bagi aku, Tahun ni kena research bab Kaedah Mujmal =Kecantikan. Entah nak istilah macamana. Mengikut Definasi; Iaitu lafaz (dalil) yang tidak jelas dan berkehendak kepada penerangan.

Definasi yang Prof aku bagi; "Lafaz (dalil) yang terselindung petunjuknya yang berkehendak kepada zat dalil, bahkan dirujuk melalui syariat (al-Quran+alSunnah) kemudian berijtihad."

Entahlah,, pening juga kalo nak bercerita. Contohnya dalil-dalil al-Quran yang tidak jelas maksudnya. Jadi di sini, bukan bermaksud kepincangan al-Quran sepertimana tuduhan-tuduhan pihak musuh bahawa al-Quran tidak lengkap dan tidak mempengaruhi semua aspek hidup.

Justeru, antara bab Mujmal, Bayan, Nasakh, sumber Sunnah, Ijmak adalah tajuk-tajuk besar dalam pengajian aku sesi ini. Kalau nak ulas Mujmal saja pun dah dua/tiga kitab nak kena rujuk.

Konklusinya; segala apa yang aku cite sume tu, Kajian sandaran sumber utama umat Islam. Iaitu, pengajian asas menganalisa dalil-dalil yang disabitkan bagi pengambilan hukum dari al-Quran dan al-Sunnah dalam Qawaed Usul Feqh.

--------------------------
Hidup Bersama

Tak tahu natey apa nak tulih sebenar ni. Natey??!! Kasar betul bahasa ni. Tapi kalau korang pernah join berkawan ngan bebudak Kelantan, perkataan atau isitilah macam ni biasa saja. Cam hidup orang Kedah, ada isitilah-istilah kasar kita akan dapati. Pungkuq, b**uh n bla bla..

Tu baru belah timur, utara.. Belum pergi selatan barat lagi.. lan**u, p**i, n bla bla banyak kritisnya. Tapi, bila dah bergaul n hidup bersama n bla bla bla.. Perkara tu dah jadi cam biasa. Cam "Caci maki sedemikian adalah gurauan pengerat kasih sayang. Rumit gak.

bar saja intro bab penggunaan bahasa. Mungkin benda-benda camni takdak dalam formal pengajian Kuliah. Kaji selidik dalam UPM, UIA, MMU, n U-U yang ada termasuk sini pun.. Memang takdak pengajian bahasa istilah sebegini.. Nak ada pun,..di pinggir-pinggir jalan atau hidup berkawan.

Sebab itu, kekadang tu.. manusia pikir nak bergumbira semata-mata. Hatta dalam kelompok berkawan sekalipun. Tak kiralah, dari sudut mana kita datang.. kalangan kejatuhan akhlak, Moral Down, mind gile-gile, kaki pompuan, kaki botol, kaki bangku, apa-apa la... Bahawa; kita kurang prihatin antara satu sama lain.

Maksud aku,. Apa yang sebenarnya kita akan dapat dengan dia??? Apa gunanya aku?? Apa yang bleh aku kongsi dengan mereka?? Apa yang mereka ada?? (Mungkin perkara ni sudah dipikirkan oleh sebahagian remaja).. Tetapi, aku maksudkan yang berupa Faedah.. faedah untuk hidup dan Abadi.

Entah apa yang nak tulizz..Gua blahhh!!!

Thursday, May 27, 2004

"Real Hand Mision"

..Huhh..susah nak paham ngan manusia ni. Memang benar la, teks al-Quran yang banyak memupuk akhlak manusia supaya lebih relevan dan beradab dalam hidup.

Hidup di Jahiliah-kuno, manusia mampu menyesatkan pikiran dengan praktikal membunuh anak, kawin-suka-banyak, tak respek wanita, harta dibolot walaupun usaha bersama dan macam-macam. Namun, Islam datang buat manusia aman, segala terbela, sama rata dan lengkapklah Agama Muhamad.

Namun, dalam aman gitupun, ada manusia yang busuk hati. Sesat akal dan sesat hidayah. Mereka adalah musuh Muhamad. Kekal hati dan akal mereka untuk sesatkan manusia. Justeru; al-Quran tak kesampingkan gambaran siksa-siksa di akhirat nanti, untuk diteladankan kepada manusia bagi kaum-kaum seperti ini.

Terkadang manusia keliru nak tasybih dan iktibarkan segala gambaran dan episod yang dilakarkan dalam teks Suci. Persoalan yang timbul sebagaimana kelirunya dengan Mukjizat al-Quran yang banyak hikmahnya dan kerumitan dalam hidayahnya. Sebagaimana rumitnya Mukjizat, respon kaum musyrikin dalam teks 3:alHijri menjawab kekeliruan manusia.

Kini Jahiliah-Moden| mula pertikai. "Tidak sama dengan perkara sedemikian, kerana segalanya kepada kaum Kafir. Bukan kita sesama Islam".."Tapi mereka dah macam Kafir".. "Perangai cam kafir".. "Tapi, mereka akidah yang sama".. Lalu; manusia semakin keliru untuk memisahkan antara sifat kaum Kafir(Musyrikin) dan sifat kaum Muslim(Mukminin), tanpa menganalisi makna kaum(munafiqin).

Walaupun kekeliruan yang timbul, seluruh manusia tetap berusaha untuk riaksi tanggungjawab mereka. Kerana teks suci yang tersohor diutamakan seperti menyuruh dalam gerak menegah Mungkar dan seru Makruf adalah nilai terpenting dalam membina akhlak manusia...

Namun, Mukjizat dalam balaghah dan seruan An-Nida' ke arah kebaikkan dan tegah kemungkar makin tidak difahami. Adakah bermula Tegah Kemungkaran? atau bermulanya Ajak kebaikkan?. Sehinggakan segala hal tidak diimbangi mengikut Qawaed yang ditetapkan oleh para Ulama' terdahulu.

Perkara kecil sebegini mungkin tidak mahu dihebahkan. Seperti mana Tasmiah dalam perlaksanaan amat sukar dibetulkan dalam gerak kerja manusia. Kerana Tasmiah akan membina kepincangan akhlak dan hati manusia. Sekalipun ada pendapat dari pihak supaya banyak dalam Salawat kepada Muhammad. Kerana dialah punca hidup kita dan dialah asal pembina bagi kita.

Namun, yang pasti. Sekalipun gerak kerja terpaksa serupa dalam Qias-Qias kemungkaran seperti teks 144 al-Baqarah, namun jaminan tidak akan wujud melainkan hanya dengan cara dan bias-bias kuasa Iman ditanam dalam Qawaed yang wujud.

Untuk membenarkan aliran kita yang benar; analasis Hadith dari pecahan 73 golongan masih lagi diistinbath oleh pakar-pakar Agama. Kerana natijah yang kita peroleh adalah 2 Mukjizat utama bagi Umat Islam tidak mampu difahami manusia melainkan kepada mereka yang dipilih dan senaraikan sebagai WaliyuLLah.

Kerana: Allah tidak akan memberi Hidayat kepada yang kamu sukai, akan tetapi diberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki. Sekali pun Abu Talib yang menjaga dan bela zahir hidup Muhamad.