Dari Puaka Khayalan Yang Berani Terjah Dalam Iseng Ku
Kelambu belukar
Saat tika...
Kelambu belukar membalut tubuh
Tiada pun sebutir pelita
Tapi mencuri aman, senang, ketenangan mencari rembulan membawa gempita
Ada kecoh yang sedang rusuh-rusuh
atas menonggak, kiri dan kanan terpaling, semakin terasing....
mencari suara-suara bising
Ada bocah yang mencelah-celah
langit berbintang, bunga di taman, kupu-kupu temanan....
sang pemilik tidak keruan di sisi tangan
Aku masih berkelambu belukar
Resah, rimas, mengah mencari arah
Wahai Maha Penembus belukar
Hanya padaMU aku berserah
Cairo, -Sabtu 21/02/2004
1 Muharam 1424
__________________________________________
Buat Pejuang Bangsa Dan Pembebas Jiwa Dan Peneroka Dunia
Rasional & Revolusiner
Kita tidak nafikan, era infomasi sekarang telah banyak meru -bah manusia. Erti kata lain, manusia yang mampu berdaya saing dan tercabar dengan gelodak era kesejagatan manusia. Penuh tipu-daya serta tribulasi yang kemungkinan besar kudrat tidak mampu mengawasinya.
Manusia yang punya sedar diri bertungkus-lumus menghasil -kan produk terbaik untuk hidup. Menjadi manusia yang agung serta dapat mengheret marahin-marahin terbiar dan kolot serta menonjol diri sebagai pemacu Revolusiner.
Manusia sebeginilah yang memberi impak kesedaran dan per -ubahan semasa. Membuka minda, menganalisis usia, tempat, kejadian, hukum-hakam, dan segala argumen bersifat kontem -poreri. Bukan itu sahaja, bahkan, mereka juga bertanggung jawab merosakkan imej manusia kerana sifat kritis dan penuh rangsang untuk mencapai revolusiner. Sehingga peri sedar diri tidak ditapis dahulu dengan imej manusia sebenar dalam mene -rapkan religuistik dalam diri.
Alam falsafah serta rasional direntasi untuk mencapai nikmat hidup. Orientasi (murni) tokoh-tokoh Islam dengan konsepnya sejak berzaman telah membuktikan kematangan akal dipasti -kan agar benar. Tidak kepada Assyairiah dahulu, tetapi telah kembali sedar kerna dorongan akal hakikat. Mereka kembali kepada Asyaari, bukan Ali al-Jubbaei.
Jika sebelum ini 'MR alMustaqem' pernah menulis, manusia yang bertuhankan Pemimpin. Terlalu umum untuk dikenal pasti. Tetapi spesifiknya, golongan yang 'Khawas' (khas) mela -kukan takwil-takwil dan lebih ramai manusia meletakkan akal paling teratas. Dewa dalam hidup. Kerna sifat yang melonjak-lonjak untuk mencapai 'hak asasi kebebasan berfikir' telah taksub. Mereka percaya, "Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada manusia. Gunalah semaksima mungkin". Habis-habis -an mereka menggunakan akal untuk diserasikan segala perihal dunia agar diterima logik. Akan tetapi, mereka tetap jahil dalam perihal keajaiban, kesangsian, maka bersuara, "tidak masuk akal".
Tidak kurang juga segalanya tercetus atas teologi para filsuf. Bagi filsuf Islam, ya, mereka adalah rujukan manusia muslim sekarang untuk menelusi methodologi mereka. Teologi al-Ghazali mendapat kritikan hebat dari tokoh-tokoh agama. Se -hinggakan perbalahan ilmiah antara kuasa revelisonal dan rasional telah terhasilnya kitab 'Ihya ulum l-din' (menghidup -kan Ilmu-ilmu agama). Mungkin ketika itu sibuk dengan kesan polemik syu'ubiah dari beberapa pujangga seperti Firdausi Abu Qasim al-Mansur. Seperti juga dunia manusia kini.
Berterusan ilmu teologi. Ibn-Rusyd, yang menjadi keagung -an buat peradaban barat yang masih berbisik; "Kalau tidak kerana mu Everros, masakan bangsaku sedemikian rupa". Ibn Sinna, Ibn Khaldun, Ibn Tufayl, Ibn Majjah dan ramai lagi.
Kita melihat sejarah mereka merentasi falsafah serta method revolusiner dalam hidup adalah sesuatu ilmu berharga. Mereka menganalis berintikan sifat-sifat religius yang amat kukuh. Al-Ghazali, tokoh fiqh yang hebat. Ibn Rusyd yang kuat pegangan agama dan Faqih tentang hukum hakam, juga bergelar 'Qadhi l-Qudhah'. Ibn khaldun, dan di era revolusiner -Jamaluddin, M.Abduh, serta mereka yang telah melakarkan nama di papar -an sejarah Islam bahawa; mereka ini penuh dengan ketaksuban Imaniah dan Tauhidiyah kepada yang Esa. Bukan hanya berke -rah akal dengan mengukuhkan methodologi untuk diguna dan dipersembahkan, malah tidak faham.
Kalau begitu, tidak ada bezanya jika berlurus mengambil methodolgi mereka tanpa mengukuhkan keImanian diri. Cukup -kah dengan berbisik, "Aku juga manusia muslim. Aku solat lima waktu dan laksanakan rukun Islam". Pasti manusia masih ingat maksud Imam al-Syafie r.a, "Hanya satu peratus sahaja ilmu ku mampu ku curahkan kepada kalian. Jika ku curahkan seluruhnya pasti kalian menganggap aku tidak siuman".
Manusia boleh agung jika manusia tahu teologi mereka. Manusia rasi untuk dipersembahkan. Manusia matang untuk di suaikan menelusi aliran zaman.Tapi tidak kurang juga manusia seolah sebahagian Matmaghandi, Aristotle,K.Marx dan para filsuf dunia yang berbeza. Berbeza dalam sifat religius dalam diri manusia yang fitri.
Tidak pula manusia konservatif tidak menjamin peredaran semasa. Lokal klasik muslim mungkin dimana-mana berada dalam beragama, namun suatu keaslian tidak dapat ditinggal -kan, bahkan sentiasa dirujuk bila berlangkah, malah lebih kuat jika sedar antara manusia ini sama rata -faham. Dia Maha Bijaksana.
"Dengan itu Allah akan membezakan orang yang jahat dari -pada orang yang baik dan menjadikan orang yang jahat itu setengahnya dengan yang lain bercampur-aduk sekaliannya, lalu Allah memasukkan mereka ke dalam neraka. Mereka adalah orang-orang yang rugi",8:37.
Pernah di Siarkan dalam Thaqafah Bulanan ISEK (Ikatan Setia Kawan Cairo) Edisi November 2003
Saturday, February 21, 2004
Kerana Chenta!@!!!!!
Thursday, January 29, 2004
"Belum Jadi Bubur"
"Bukan Bubur Yang Nak diMasak"
"tut..Tut.. Tut.." Hp berbunyi. "Hallo, hah! ada apa Nam?" Si pemanggil bercakap. Jawab; "Biar betull, hang duk mana ni?". Pemanggil menyambung. "Ok, ok.. aku turun segera."
"Teatoh, siap cepat, kita turun gi Gamek." "Wakpo?" Masih terpinga-pinga dengan ajakan aku. "Arunee ghaib".
Dalam pikiran; "Celaka!! gi mana ni". Sumpah seranah jiwa usang ini mengiri setiap langkah ke Gamek (suatu nama tempat di daerah sini). Sekarang baru sedar, Iman masih tidak utuh untuk berselawat atau beristighfar bila terjadinya musibah. Tetapi kita itu masih tidak tahu apa hal sebenarnya.
Jam 7.OO malam masih ramai para penduduk berkeliaran di toko-toko sepanjang perjalanan langkahan ku. Mata yang sentiasa kabur ini tercari-cari sasaran sambil hati menendang-nendang dengan nafsu kemarahan. Ada beberapa detik memohon jauhkan bala' yang menimpa situasi kini.
Aku menekan kembali butang Hp mencari nama sasaran. "hallo". Suara lelaki menjawab dan aku kenal. Cemuh rohani; "Arghh... Kenapa dia tak bawa Hp time-time cam ni". "Bang Sid duk mana ni?". Dia masih lagi menunggu Arunee di simpang Tubb Ramly (satu kawasan daerah sini. Pinggir kawasan Gamek).
Mula bercerita, Arunee, antara sahabat kami. Jam 4.30 petang tadi dia masih bersama temannya sepasang suami isteri di Tubb Ramly. Mereka berjanji ingin pergi ke Book fair bersama jam 5.30 petang setelah selesai urusan dengan sepupunya. Bang Sid adalah sepupu kepada Arunee.
Jam 4.30 petang, dia turun awal kerana ingin menukar wang dengan sepupunya dan berjanji untuk jumpa di persimpangan jalan ke kawasan kependudukan Pelajar Malaysia.
Ketika Anam (teman yang mula-mula call emegency mengenai situasi ini) sedang solat Asar, dia (Arunee) bergegas turun tanpa membawa kelengkapan yang penting, seperti dikatakan tadi, dia tertinggal Hp di rumah. Dan seusai Anam solat Asar, mereka berdua (Anam bersama Isterinya) bergegas keluar untuk menemani Arunee dan sekali gus dapat langsung ke Book Fair besama.
Tetapi sebaliknya yang berlaku. Ketika mereka turun dari rumah pangsa yang di duduki mereka, Arunee hilang dari pandangan.
Bang Sid masih menanti di persimpangan yang dijanjikan. Solat Maghrib sudah pun berlalu. Masih langsung pencarian gadis muda ini. Sehingga talian dari Anam hinggap juga ke telinga aku untuk turut sama dalam kerumitan ini.
"Teatoh, wakpo tinggal Arunee tadi nya?". Dia diam dan wajahnya mula bertukar serba salah. "Abe tak pehe (paham)." Dia kembali diam. Aku malas lagi memanjangkan kerisauan dalam situasi ini. Teatoh (Fathiyyah); antara saudara keponakkan aku di sini. Dia hanya mengikut ke sana-sini untuk mencari sasaran.
Hp aku sekali lagi dicapai. Mencari butang yang ingin disambung. Tut.. tut.. tut.. "Hah, Anam! Hang duk mana ni?". Talian dijawab dengan kelam kabut. "Ok, aku tunggu depan Gamek".
5 minit kemudian Anam sampai. Segalanya dicerita seperti di atas. "Ok macam ni, kita pergi jumpa Bang Sid dulu di simpang sana". Anam memberi cadangan pertama untuk dimulakan misi pencari secara lebih teratur. Kami akur dan terus berlangkah menuju ke destinasi.
"hah Bang Sid. Ada dak?" Aku mula bersuara sambil mata memerhati kanan dan kiri untuk dikenal pasti siapa yang dilihat pada cahaya yang kemalapan.
"Ha.. Dok lagi ni. Lama dah tunggu." Rupa-rupanya, Anam terlebih dahulu temui Bang Sid dan disebabkan itulah Hp Arunee berada dipangkuan Bang Sid.
"Ok macam ini, Arunee tahu dak rumah Bang Sid?" Jawab; "Tahu, tapi takdok oghe (orang)". "Ok, Anam.. aku ikut Bang Sid balik rumah dia dan Hang hantar bini hang n Teatoh balik rumah hang". Aku hanya bercadang dan tidak tahu apakah yang perlu jika Arunee masih tidak ada di rumah sepupunya.
Anam respon; "Ok, nanti aku call hang. Dan kalau ada hang call aku. Tak pun aku hantar diorang ni dan aku mai di sini (simpang Tubb Ramly) tunggu hang.
Setuju, dan meneruskan perancangan tadi.
Aku dan Bang Sid sampai di rumahnya. Tiada apa-apa tanda. Lima minit kami berehat sambil menunggu mengharapkan jika Arunee sampai ke rumahnya. Masa masih berlangsung. Anam sudahpun memberi isyarat MissCall. Aku meminta kebenaran dari Bang Sid supaya turun kembali dan cari sekali lagi di segenap penjuru dan lorong-lorong jalan kawasan Gamek.
Bergegas kami turun dari pangsa usang itu untuk mengejar waktu yang sudahpun menjangkau jam 8.30 malam.
Kelas pengajian tafaqquh aku terpaksa ditangguhkan. Sebenarnya, ketika Anam menelefon aku tadi, aku sedang bersiap sedia untuk menghadiri sesi pengajian ini. Namun, alternatif yang diambil kali ini adalah paling mustahak walaupun berdepan dengan keberhasilan dalam menuntut ilmu.
Hati dan fikiran masih dalam kekacauan. Segala perkara yang dipikiran. Antara perkara positif untuk menyejukkan andaian yang negetif terkalah dengan perkara negetif yang sudahpun sentiasa menghantui kependudukan student di kawasan ini.
Senantiasa aku menepis perkara-perkara yang tidak diingini. Hanya terbayang muka Arab atau mereka yang tidak bertanggung jawab dalam kepungan jasmani-jasmani geng kami. Begitu juga khayalan negetif yang menghadapi kerumitan dalam mencari; siapakah sebenarnya mereka yang tidak bertanggung jawab ini?. Jiwa semakin serabut. Suasana yang tenang sudahpun tidak dirasai dengan perkara-perkara yang memanaskan segala anggota badan tubuhku.
Aku tahu tidak semudah itu untuk merungkai atau menghadapi gelodak pencarian ini. Dalam masa yang dilalui dan diharungi, tidak semudah itu untuk mengandaikan segala hal yang telah berlaku nanti akan memberi kebahagiaan setelah mana bertungkus lumus untuk mencapai mahasiswi al-Azhar. "Arghhh... tidak mungkin segalanya terjadi." Kewarasan aku mula celik dari khayalan negetif yang menguatkan lagi langkah-langkah pencarian.
Lorong pertama dilintas. Suasana tidak begitu suram dan masih dengar suara-suara yang senang di blok-blok yang berderetan bertingkat tingkat itu.
"Subahanallah" Kenapa tiba-tiba sahaja kalimat ini terkeluar dari mulut Bang Sid. Mungkin kerisauannya sudah keliru dalam detik-detik tika ini. Dia tersenyum dan aku mula berpaling. "Alhamdulillah". Hati menjawab. Rupanya, pertarungan minda ketika berjalan tadi telah menjadikan aku tuli mendengar suara panggilan Arunee ke arah aku. Bang Sid lebih bersedia menjamah setiap imaginasi dalam misi mencari sasaran. Aku yang cuai....
"Mana tadi?" Bang Sid mula bersuara. Aku hanya duduk menatap wajahnya. Ada seseorang di sampingnya yang tidak aku kenali. Aku hanya memerhati dialoq mereka berdua sambil menyedut udara yang sudahpun bercampur nikotin dari LM.
Sesekali bersilang suara dan jawaban yang kekadang berbahasa Melayu dan kekadang berbahasa Siam yang tidak tercapai dalam kamus bahasa aku.
Rupanya lelaki yang di sampingnya tadi adalah Housemate Bang Sid. Dan sebenarnya silap paham dalam perjanjian Arunee dan Bang Sid petang tadi di antara simpang Tubb Ramly 1 dan simpang Tubb Ramly 2. Kebetulan satu lagi, dalam menuju jalan ke rumah Bang Sid, dia celaru dengan setiap bangunan-bangunan yang berbalam-balam di kawasan sini yang memakan masa untuk sampai ke rumah sepupunya.
Apabila dia sampai ke rumah sepupunya, didapati Bang Sid tiada di rumah dan dia meminta bantuan daripada teman housemat Bang Sid menemaninya mencari Bang Sid di simpang yang difahaminya, namun tidak juga diketemui. Ini kerana silap paham yang berlaku antara Arunee dan Bang Sid.
Setelah berlalunya segala konflik pikiran dan jiwa justeru kembali redha. Aku mula bersuara dan memberi kata putus untuk pulang sahaja kerana Anam sedang menunggu di simpang Tubb Ramly pertama.
Hp aku dicapai sekali lagi mencari punat yang ditekan sebelum ini. "Allo, Anam.. duk kat mana?" Talian dijawab dan masih bertanya. "Ada, dia sesat tadi. Alhamdulillah, selamat. Tak ada apa pun. Hang tunggu rumah aku la. Aku nak balik ni".
Aku membawa Arunee dan juga bersama sepupunya ke rumah aku. dan segalanya kembali tenang. Kami berbual panjang dan menghabiskan 2 hingga cawan kopi dan Anam membawanya pulang kerana teman-teman yang lain masih merisaukannya.
Kelmarin aku telah tertangguh satu sesi pengajian Hadith dan begitu juga dapat aku lakarkan cerita ini dalam webloq yang serba ringkas untuk dikongsikan bersama. Pengalaman hidup ku yang begitu cemas dalam situasi yang menimpa teman yang menatijahkan bukan bubur yang di masak. Tetapi khayalan sentiasa meracuni keutuhan jiwa-jiwa yang cintakan keamanan.

