Sunday, April 27, 2003

~~~llllllllllllllllllllllllllllRALATllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll~~~

[This is an automatically generated Delivery Status Notification. Delivery to the following recipients failed.

XXXXXXXXXX@hotmail.com
....................................................

Aku cuba nak balas email kat kawan aku ni. Tapi tak boleh la. 2/3 kali reply asyik sampai msg tuh je. Ermm.. so aku curi kesempatan 'paste' aje kat sini. Dah takley sent ke email -'hope' dia baca kat sini. Lagi pun kat sini bukan apa pun, just diskas tentang 'Bangsa Melayu' yang aku cuba isukan dalam cite aku yang lepas. Emosi agaknya. Tapi saja buat gimik untuk sama-sama fikir.

Quote;“budaya melayu yang suka bertelagah, budaya melayu yg taksub membuta tuli,budaya melayu yang cuba campur adukkan antara hak dan yang batil” Ini antara kenyataan aku yang lepas.(Tergelak plak). Kekadang bila pikir balik. "Aku pun Melayu... Kalau tak Melayu kritik Melayu.. Jangan harap Bangsa Asing nak kritik kita"

-"Nahnu nahkumu bizawahir"(Kita akan memberi keputusan(hukum) dari zahir sekeliling kita).Tak ingat yang ni hadith ke atau dari kalam ulamak. Rasanya Saidina Ali r.a yang penah sebut pasal ni. "Antum a3lamu bi umuri dunyakum". Aa.. yang ni hadith...; Segala penyataan aku tuh hanyalah berdasar dari penilaian hidup aku. Benar atau salah masing-masing boleh buat penilaian peribadi tersendiri. Aku hormati pasal budaya melayu melalui sejarah. Kita boleh melihat sejarah tetapi jangan ulangi sejarah. Dan kita sekarang menoleh sejarah sambil 'Merentasi' sejarah. Jangan berbangga dengan sejarah sedangkan kita tak mengukuhkan sejarah.

'Budaya melayu suka bertelagah' -Kita melihat sekeliling kita. Budaya baru pasca-keporak peranda kuasa politik. Masing-masing tidak lagi membentuk kepada membudayakan melayu. Lebih mengaut kesan sistem kolonis penjajah. Diskriminasi dan konterversi sehingga ke persoalan agama. Budaya melayu yang bertelagah -dari peringkat anak kecil hingga ke remaja, dewasa apatah lagi yang semakin tua. Dah nak mati masih bergelut ngan soal-soal partisan-Etis.

Sebagai contoh, terutama dari sudut politisme. Kita dapat lihat perpecahan antara parti. Ini mengundang kepada pergaduhan, pertelagahan dan sehingga ke peringkat permusuhan. Habis masyarakt sekliling terkesan. Keperingkat kampung, bandar, kolej, universiti habis terkena virus tu.(atleast ketidak sopanan dan melayu kehausan aturcara budaya melayu sebenar (berlaku Biadab) -rujuk pasal konterversi gbuk pakdi.."Sowi Pakdi heheh"..) Ini Bukan Islam ajar kan.. Budaya Melayu, -sejauhmana kesinambungan sistem budaya melayu dalam kehidupan masyarakat sekarang. Kita boleh lihat dan nilai sendiri.

"budaya melayu yang taksub membuta tuli" - Ok, -Firman Allah; "wa3tasimu Bihablillah Jami3a wala tafaraqu". Maksud; "wahai manusia semua, berpegang teguhlah dengan 'TALI' Allah dan jangan berpecah belah." Ulamak menghuraikan pasal ayat ni supaya berpegang(Taksub) hanya pada pokok usul Islam iaitu 'Tauhid' saja. Dan yang lain dibolehkan mengikut cara-cara(tali) yang dibenarkan(melalui dustur al-Quran n Sunnah).

Ok.. ekoran kenyataan aku tuh.. budaya melayu yg taksub membuta tuli seperti apa yang kita alami sekarang ni. Tak kira samada dari kehidupan keluarga mahupun masyarakat juga pasal sistem politik. Sehingga terbawa-bawa pada kehidupan. Tak kira di mana pun masih bertaksub sedemkian.

Aku cakap cam tu kerna cam aku kata di atas. Kita akan berhukum dari apa di sekeliling kita. Begitu juga sebagiaman yang Kawan (kawan aku la ni.. guna nama KAWAN je.. menyamar) kata; (persatuan), kat tempat Kawan tu sama atau tidak, aku tak pasti. Dari persatuan Hizbi atau Persatuan-persatuan lain; jadi cam sini(IGIP) atau tidak.. itu KAWAN lebih arif lagi. Dan sepengetahuan aku la, sama saja cam sini. Bergaduh, masing-masing saling menjatuh. Kerana apa?? Terpengaruh dengan kefahaman partisan masing-masing. Taksub dengan ideologi budaya melayu moderen sekarang ni. Yang kat tanah air sampai terbawa-bawa ke sini dan dalam situasi kampus.

Memang dari segi makna 'persatuan' tu 'bersatu'. Ermm.. kalau macam yang KAWAN cakap tu, kiranya tak wujudlah fundamtalisme Islam. Kalau nak ikut kat makna Islam. Islam -syumul, agama universal n agama yang unggul, merangkumi semua sosiol hidup. Kerana pendokongnya la membuatkan nama atau imej tu rosak. Persatuan dah tak berfungsi sebagai persatuan. Hanya untuk kebajikan katakan.. Sejauh mana pulak usaha kebajikan secara relevan? Di sini sifat toleransi-toleransi dah tak wujud. Lemah lembut dah tak beradab. Bahkan menyemarakkan lagi permusuhan. Terkesan dek virus dari 'kampung' agaknya. Lebih teruk lagi dari SARS. Di mana wibawa PELAJAR yang dibangga-bangga sebelum ni? Itu baru dalam kampus.

"budaya melayu yang cuba campur adukkan antara hak dan yang batil" -Yang ni lebih kritis lagi. Nak cakap cam ne ek.. erm, ok -pasal ni bersifat pribadi sket.

(Skali blackOut la tadi.. amphes tul..)

Sambung.. erm.. ok pasal ni, kita boley tengok di kalangan kita -orang melayu kita. Tidak kira la dari individu, secara jamak, atau puak-puak politik. Masing-masing mengambil peranan al-Quran n al-Sunnah untuk kepentingan diri. Bukan untuk demi Islam sebenar. Kalau benar demi Islam, kenapa masih timbul hasut menghasut, maki memaki dan seerti dengannya. Dari satu sudut, mencampurkan hak dan batil. Dan yang batil di hak'kan.. dan yang yang hak di tahkik'kan sekali lagi untuk dibangga-bangga kan.. sambil mencemuh, merendah-merendah.. memaki dan perkara-perkara negetif la terhadap pihak lain.. Tak cukup yang itu, dihina, dipersenda sehingga ke dasar pegangan.. kerana dari pengaruh politik -yg baik dah terbusuk dengan suara-suara picisan..

Dari sudut lain pula.. Terbangga dengan watak dan aliran yang di bawa. Kononnya bersandarkan al-Quran n al-Sunnah. Dalam masa yang sama, tidak sedar dah terpengaruh alam sosiolis-etis. Sosiol-metarielis, mendasarkan kebenaran tetapi melaksanakan kerosakan. Mengangkat diri baik dan meludah orang lain kerana "Kita la paling best" -Itu lah agaknya. Cukup takut yang ni. Seolah-olah bila tergolong darinya sudah mewajibkan syurga. Susah.. Sana sini sama saja. Semua dari Melayu, Orang melayu dan Bangsa melayu, masyarakat melayu. Aku pun Melayu.

Sebenarnya.. maksud aku dalam penerangan lepas tu bukan nak meminggirkan kuasa-kuasa politik. Tetapi sebagai satu kritis dari jiwa muda aku ni dan juga menjurus kepada persoalan diri masing-masing. Macamana sebenarnya kita ingin membentuk generasi kita? Adakah ingin kukuhkan budaya yang di laung-laungkan selama ini? Budaya-Melayu atau Budaya-Islam-melayu kita berkehendak? Atau nak buat acuan budaya melayu baru pasca-global sekarang ni? Sama-sama kita pikir. Sampai bila kita harus terhasut dengan sosio-politik kita sekarang ini? Kitakan antara golongan pemangkin Ummah. Wajarkah sedemikian?

Sebagai penambahan -untuk merentasi sejarah; budaya yang kita alamil sekarang ni kena "ditajdidkan"..(reformis) balik.. Kena buat kajian balik bagi siswa/wi atau remaja/dewasa macam kita ni. Doakan bersama supaya boleh membentuk diri kita dahulu. Bagi segalanya berlaku istiqomah dalam menelusi semua ni. Cuma aku kecewa dengan situasi sekarang. Tak kira la dari m'sia ataupun di mana saja. Orang dewasa dengan caranya, remaja dengan caranya..

------
Ok komen sket pasal sejarah yang KAWAN bawa kat email tempoh hari. Aku setuju, bagus la. Tapi kena tgk balik sejarah-sejarah yang KAWAN bawa tu. Pasal Singapore: tetap merugikan atas sebab apa? Kepincangan poltik m'sia dan kecuaian Melayu menjaga hak-haknya. 1946, kerana gagasan Malayan Union; menjadi kewajiban waktu tuh, dan waktu tu bersatu pun untuk mencapai kemerdekaan. -1969; kenapa bley bergaduhnya cina? Kerana masyarakat melayu yang mengabaikan kesatuan melayu, tanggungjawab sesama melayu tidak dititikberatkan. Memasing membolot kuasa politik. Atleast cina amik peluang.

Dalam sudut ini tetap merugikan bangsa melayu. Kerana pertelingkahan dan pergaduhan sesama sendiri. Bila dah genting baru nak bersatu. Kalau yang termasyhur pun, bangsa melayu boleh bersatu dalam 3 peristiwa jek. Tak silap aku la (tolong betulkan), masa nak menentang MUnion, Merdeka,13 may.. Itu yang termasyhur aku ingat.. dan yang lain cam perjanjian lelain (aku tak ingat name perjanjian tu) aku tak ingat..ermm.. (tolong betulkan kalo salah, sejarah failed. heheh)

quote;"Budaya melayu ni menolak permusuhan, banyak bertolak ansur, berlemah lembut, dan sabar." Ini yang kita harapkan. Kita harapkan pada generasi kita, realiti hidup kita. Kita tidak mahu pencemaran kuasa politik kita dan mereka. Kuasa politik yang meruntuhkan jiwa kemelayuan dan keIslaman kita.

Dan Kita akui sekarang ni cam mane. Kita dah berpecah, banyak sudut dan ruangan yang diterokai. Tidak dapat tidak hakikat dunia kita. Nak bersatu?? ermm amat susah kan, Namun ada kelompok yang berusaha menyatukan. Teruskan. Namun, di samping sifat-sifat yang positif memang kena diterapkan dari akar umbi kehidupan bangsa melayu. Bertoleransi, berlapang dada, hormat pendapat, sekalipun berselisihan (dah lumrah), secara ilmi. Tidak berunsur negetif hingga ke tahap memutuskan silatur rahim dan menggugat ketauhidan Islam dalam Jiwa. Selagi kalimat Syahdah masih dalam dada, selagi itu Melayu-Islam, selagi itu dia bersaudara.

Konklusi: ~~~Sub-Budaya masyarakat Melayu moden telah mendidik anak bangsa jadi cam tu(bertelagah). Bila dah susah bersatu bermakna ada sumthing yang tak berpuas hati. Bila dah tak puas hati ada la yang nak bertekak. Mana benar mana salah sume nak dibolot dia yang kata benar. Budaya melayu yang semakin teruk dari atucara propaganda politik. Sub-Budaya yang terpengaruh dari dunia sekeliling -dunia pasca globalisasi, dipengaruhi sosio-politik antarabangsa. Dan dari argumen-argumen kontemporari ni la menyebabkan manusia sering bertelagah. Budaya dunia yang bertelagah. Bila dah dunia kena virus ideologi manusia semuanya akan terhasut secara tak langsung...

Tata...Paichowan, Cairo

Wednesday, April 23, 2003

(iii)
Walaupun sehari saja tinggalkan kota Cairo, rasanya dah lama tak balik jenguk kerangka (bukan keranda) kamar berhantu aku tuh. Rindu dengan suasana, bayangan dan kedudukan posisi hiasan ruang kamar. Bila tibanya di permukaan pintu rumah (Tak sempat nak buka kasut) dahpun disapa oleh housemate aku. Terkejut gak, sebab ingatkan memula tu misteri sangat. "OOoO, pasal kenduri malam esok kot". Pujuk debaran yang masih lagi berentak dalam benak ni.

Tergaru-garu kepala meneruskan kaki ku mencari destinasi. Setelah kasut disimpan, new info dari adik pun dah tahu.... Jejak kaki ku di situ; "puas" merenung di setiap sudut kamar yang malap ke'oren'an. Entah aku sendiri tidak mengerti. "Mengapa begitu aman dan selamat sekali bila aku berada di ruangan kamar ku". Mencari jawapan pasti tidak pastikan terjumpa. Mungkin aku hanya mampu memberi kesangkaan bahawa; Di kamar itu segalanya bergolak, di kamar itu menerima segala perasaan hidup. Di situ juga menjadi ruang teater persis 'pawagam percuma' untuk ditonton dan difikirkan. Dan mungkin juga jiwanya sudahpun sebati dengan atucara hidup harian ku. Segalanya mungkin, adakalanya sesuatu objek yang mati lebih baik lagi bagi mereka yang hidup untuk dijadikan teman ilham atau teman luahan tika jiwa diselaputi segala persoalan hidup. Suka-duka, senang-susah, riang-gundah dan segalanya yang berkait rapat dengan kata hati jiwa.

Bila dalam kesulitan, hanya memerlukan sedikit ketenangan -segalanya akan terbongkar-. Segala objek yang ada dalam posisi kamar ku seolah bertutur memberi jalan untuk aku berfikir lebih relevan. Almari, Meja, baju-baju yang tersusun rapi di hujung pintu (seperti kedai bandle), Rak buku yang tertib berbaris menunjukan kemegahannya. Dari buku (kitab klasik hingga kitab kontemporeri -duniawi dan ukhrawi semua ada kecuali yang tak ada). Mungkin bila pikir-pikir balik, walaupun masih tidak kesemua aku baca buku/kitab tu -namun 'depa' sentiasa ingin berkongsi bersama ku merentasi hidup kemanusiaan ini. Buku/kitab(depa) tu tidak merajuk seperti manusia, tidak mengharapkan pembalasan, tidak punya keinginan untuk ditatapinya. Tetapi punya perasaan seperti manusia normal untuk berkongsi dan berpimpinan meredahi liku-liku hidup. Begitu juga, katil yang agak keusangan turut bersimpati dan berkerah untuk membantu kesulitan hidup ku. Dia-lah medan juang ku, menanggung beban hidup ku selama ini. Tidak kira siang dan malam sering mendampingi ku. Antara keseluruh objek yang wujud 'dia'lah yang paling memahami pergolakan suka-duka hidup ini. "Mungkin ini-lah jawapan aku yang paling hampir kenapa dan mengapa aku berasa aman dan selamat bila aku berada di ruangkan kamar ku" Mereka tidak pernah bosan dan muak dengan alam hidup ku.

17 April -Mentari siang menerjah ke celahan tingkap kamar itu. Mengejutkan aku dari terus lena. Melihat jam di permukaan sisi kanan. Dua belas tiga puluh empat tengah hari. Cuba gagahi untuk bangun. "Dah dua hari tak beli paper" bisik hati untuk mengingatkan aku. Menuju ke ruang tamu membuka pintu besar koridor. Cahaya mentari gopoh menerobos permukaan ruang tamu yang tadinya samar-samar malap. "Cuaca panas tapi angin sejuk". Repek jiwa kecil ku sangsi dengan 'spring' tahun ni -setelah angin cuba melanggar tubuh-badan yang masih tidak disentuh air.

* * *

Malam Jumaat -Bagi orang Islam; hari yang mulia, malam mulia. Kalau siswa di sini; rumah-rumah mereka akan dipenuhi rasa keimanan. Ayat suci al-Quran di baca pada setiap malam Jumaat. Surah 'Yassin' menjadi satu program mingguan bagi siswa sini. Bukan sini sahaja, di mana-mana sahaja. Meraikan malam mulia dengan bacaan-bacaan ketenangan. 'Qalbu al-Kitab' itulah gelaran kepada surah Yassin. Banyak khasiatnya.

"Ah! dah balik pun, amphes ingat tak nak balik dah". Debik kata hatiku. Mulut lancang berleter ketika melihat Sofie dan Kasyah di permukaan pintu masuk rumah. "Ala, aku janji ngan hang kan. Kena balik la". Aku tersenyum melihat telatahnya. "Adus, tak patut aku 'sound' cam tu". Sesal benak hati kecil ku. Aku senyum sekali lagi, saja nak buat kontreversi. "OoOO, jadi terpaksa la ni?" (jahat sangat aku ni). Gelak Sofie menampakkan baris-baris gigi yang tersusun putih. "hehe, tak la. Aku lapaq ni". Ketawanya berantai-rantai. Aku turut sama ketawa, bukan lucu dengan jawapannya tetapi lucu dengan telatahnya seperti Mr Bean. "ok-ok, pi siap nuh".

Sementara menunggu ketenangan dari riuh-rendah warga tempatan di bawah, juga dari riuh-rendah gelak-tawa gurauan Kasyah dan Basdi("Entah apa yang diorang ketawakan") -aku mencari-cari Map untuk ke rumah Negeri Selangor. Sebab sebelum ini pun tak pernah pijak ke sana. Kalau sebelum ni, Rumah Negeri Selangor hanya di perkarangan Komplek Haiyu Asyir, akan tetapi sebab Islah(pembaikian) terpaksa diorang ni pindah ke Raba'ah(Sebuah penempatan) di Cairo.

Majlis kenduri -Tiba selepas Isya'. Kelewatan, mungkin kerana malam ni kesesakan lalu lintas. Tapi, itu semua alasan. Yang pasti, kami dah pun terlambat sampai.

"eih, sila-sila ustat -Ahlan-ahlan". Salah seorang penyambut tetamu mengukir senyuman sebaik saja kami bertegak di pintu masuk bangunan tersebut. Beberapa siswa/wi yang lain sudahpun bergegas pulang. Mungkin ada aktiviti diri yang nak kena isi malam Jumaat ni. Entah, lah. Kami tanpa berlengah masa (sebab dah lambatkan), dengan sopan terus masuk melangkah tangga demi tangga untuk menuju ke tingkat empat (Rumah Negeri Selangor).

Sebelum naik tadi, sempat terserempat dengan Enmiya:"Ah balik bila sini Nazmi?" Itulah agaknya sapaan aku. Aku pun dah tak ingat, sebab perut pun duk tendang-tendang aku suruh cepat makan. "Hehehe".

Beberapa biji mata seolah tersantau melihat kami yang terus masuk. "Isyk budak mana ni?" Entahlah gaya bahasa diorang macam mana, itu jangkaan sahaja. Tapi lebih kurang macam tu la rasanya. Biasa la, kami ni bukan warga Selangor. Dan kenduri kali ni pun bukan untuk umum, hanya untuk siswa/wi selangor. Kenduri kecilan saja. "Pelik agaknya diorang ni, tak pernah tengok orang atau ada sumthin ngan kedatangan kami". Hati aku cuba berbisik sesama telinga aku. Tapi tak nak la berpra-sangka. Lebih-lebih lagi tempat orang ni. Aku tersenyum melihat mereka yang dah terpukau tu. Nak kata aku pakai ilmu, ches! mana ada. Dan sementara tu juga, mata ku berkeliaran mencari YDP Selangor untuk susulan lebih lanjut.

Beberapa siswa Selangor datang bersalaman mengucap selamat datang dan ada yang hanya senyum bersalaman dan macam-macam lagi. Itu tak penting, kerana aku bersyukur akan dapat makan kejap lagi. Di samping menunaikan syarat 'Ziarah' dapat gak habuan makan. "Erm, ustat-ustat Medic nih". Kami hanya mampu tersenyum. Sangsi dengan sapaan diorang. Adakah persoalan atau dah buat kenyataan. Dalam hati kami berbugar menerimaan kenyataan sedemikian. "Mana taknya seronuk, ada ke diorang cakap kita ni bebudak Medic". Kami terus bersenyum sambil berpandangan antara satu sama lain. "Nih adik punya pasal la". Yang sebenarnya kami pun macam diorang juga. Aku jurusan 'Perundangan Islam', Basdi-'Usuluddin' dan Sofie-Perundangan Islam peringkat(M.A). Dah nak buat macam mana, diorang dah bagi kenyataan. Betul atau silap hanya diorang saja yang nilai. Kami hanya tersenyum diam sampai bertangkai-tangkai.

....Bersambung.....