(iii)
Walaupun sehari saja tinggalkan kota Cairo, rasanya dah lama tak balik jenguk kerangka (bukan keranda) kamar berhantu aku tuh. Rindu dengan suasana, bayangan dan kedudukan posisi hiasan ruang kamar. Bila tibanya di permukaan pintu rumah (Tak sempat nak buka kasut) dahpun disapa oleh housemate aku. Terkejut gak, sebab ingatkan memula tu misteri sangat. "OOoO, pasal kenduri malam esok kot". Pujuk debaran yang masih lagi berentak dalam benak ni.
Tergaru-garu kepala meneruskan kaki ku mencari destinasi. Setelah kasut disimpan, new info dari adik pun dah tahu.... Jejak kaki ku di situ; "puas" merenung di setiap sudut kamar yang malap ke'oren'an. Entah aku sendiri tidak mengerti. "Mengapa begitu aman dan selamat sekali bila aku berada di ruangan kamar ku". Mencari jawapan pasti tidak pastikan terjumpa. Mungkin aku hanya mampu memberi kesangkaan bahawa; Di kamar itu segalanya bergolak, di kamar itu menerima segala perasaan hidup. Di situ juga menjadi ruang teater persis 'pawagam percuma' untuk ditonton dan difikirkan. Dan mungkin juga jiwanya sudahpun sebati dengan atucara hidup harian ku. Segalanya mungkin, adakalanya sesuatu objek yang mati lebih baik lagi bagi mereka yang hidup untuk dijadikan teman ilham atau teman luahan tika jiwa diselaputi segala persoalan hidup. Suka-duka, senang-susah, riang-gundah dan segalanya yang berkait rapat dengan kata hati jiwa.
Bila dalam kesulitan, hanya memerlukan sedikit ketenangan -segalanya akan terbongkar-. Segala objek yang ada dalam posisi kamar ku seolah bertutur memberi jalan untuk aku berfikir lebih relevan. Almari, Meja, baju-baju yang tersusun rapi di hujung pintu (seperti kedai bandle), Rak buku yang tertib berbaris menunjukan kemegahannya. Dari buku (kitab klasik hingga kitab kontemporeri -duniawi dan ukhrawi semua ada kecuali yang tak ada). Mungkin bila pikir-pikir balik, walaupun masih tidak kesemua aku baca buku/kitab tu -namun 'depa' sentiasa ingin berkongsi bersama ku merentasi hidup kemanusiaan ini. Buku/kitab(depa) tu tidak merajuk seperti manusia, tidak mengharapkan pembalasan, tidak punya keinginan untuk ditatapinya. Tetapi punya perasaan seperti manusia normal untuk berkongsi dan berpimpinan meredahi liku-liku hidup. Begitu juga, katil yang agak keusangan turut bersimpati dan berkerah untuk membantu kesulitan hidup ku. Dia-lah medan juang ku, menanggung beban hidup ku selama ini. Tidak kira siang dan malam sering mendampingi ku. Antara keseluruh objek yang wujud 'dia'lah yang paling memahami pergolakan suka-duka hidup ini. "Mungkin ini-lah jawapan aku yang paling hampir kenapa dan mengapa aku berasa aman dan selamat bila aku berada di ruangkan kamar ku" Mereka tidak pernah bosan dan muak dengan alam hidup ku.
17 April -Mentari siang menerjah ke celahan tingkap kamar itu. Mengejutkan aku dari terus lena. Melihat jam di permukaan sisi kanan. Dua belas tiga puluh empat tengah hari. Cuba gagahi untuk bangun. "Dah dua hari tak beli paper" bisik hati untuk mengingatkan aku. Menuju ke ruang tamu membuka pintu besar koridor. Cahaya mentari gopoh menerobos permukaan ruang tamu yang tadinya samar-samar malap. "Cuaca panas tapi angin sejuk". Repek jiwa kecil ku sangsi dengan 'spring' tahun ni -setelah angin cuba melanggar tubuh-badan yang masih tidak disentuh air.
* * *
Malam Jumaat -Bagi orang Islam; hari yang mulia, malam mulia. Kalau siswa di sini; rumah-rumah mereka akan dipenuhi rasa keimanan. Ayat suci al-Quran di baca pada setiap malam Jumaat. Surah 'Yassin' menjadi satu program mingguan bagi siswa sini. Bukan sini sahaja, di mana-mana sahaja. Meraikan malam mulia dengan bacaan-bacaan ketenangan. 'Qalbu al-Kitab' itulah gelaran kepada surah Yassin. Banyak khasiatnya.
"Ah! dah balik pun, amphes ingat tak nak balik dah". Debik kata hatiku. Mulut lancang berleter ketika melihat Sofie dan Kasyah di permukaan pintu masuk rumah. "Ala, aku janji ngan hang kan. Kena balik la". Aku tersenyum melihat telatahnya. "Adus, tak patut aku 'sound' cam tu". Sesal benak hati kecil ku. Aku senyum sekali lagi, saja nak buat kontreversi. "OoOO, jadi terpaksa la ni?" (jahat sangat aku ni). Gelak Sofie menampakkan baris-baris gigi yang tersusun putih. "hehe, tak la. Aku lapaq ni". Ketawanya berantai-rantai. Aku turut sama ketawa, bukan lucu dengan jawapannya tetapi lucu dengan telatahnya seperti Mr Bean. "ok-ok, pi siap nuh".
Sementara menunggu ketenangan dari riuh-rendah warga tempatan di bawah, juga dari riuh-rendah gelak-tawa gurauan Kasyah dan Basdi("Entah apa yang diorang ketawakan") -aku mencari-cari Map untuk ke rumah Negeri Selangor. Sebab sebelum ini pun tak pernah pijak ke sana. Kalau sebelum ni, Rumah Negeri Selangor hanya di perkarangan Komplek Haiyu Asyir, akan tetapi sebab Islah(pembaikian) terpaksa diorang ni pindah ke Raba'ah(Sebuah penempatan) di Cairo.
Majlis kenduri -Tiba selepas Isya'. Kelewatan, mungkin kerana malam ni kesesakan lalu lintas. Tapi, itu semua alasan. Yang pasti, kami dah pun terlambat sampai.
"eih, sila-sila ustat -Ahlan-ahlan". Salah seorang penyambut tetamu mengukir senyuman sebaik saja kami bertegak di pintu masuk bangunan tersebut. Beberapa siswa/wi yang lain sudahpun bergegas pulang. Mungkin ada aktiviti diri yang nak kena isi malam Jumaat ni. Entah, lah. Kami tanpa berlengah masa (sebab dah lambatkan), dengan sopan terus masuk melangkah tangga demi tangga untuk menuju ke tingkat empat (Rumah Negeri Selangor).
Sebelum naik tadi, sempat terserempat dengan Enmiya:"Ah balik bila sini Nazmi?" Itulah agaknya sapaan aku. Aku pun dah tak ingat, sebab perut pun duk tendang-tendang aku suruh cepat makan. "Hehehe".
Beberapa biji mata seolah tersantau melihat kami yang terus masuk. "Isyk budak mana ni?" Entahlah gaya bahasa diorang macam mana, itu jangkaan sahaja. Tapi lebih kurang macam tu la rasanya. Biasa la, kami ni bukan warga Selangor. Dan kenduri kali ni pun bukan untuk umum, hanya untuk siswa/wi selangor. Kenduri kecilan saja. "Pelik agaknya diorang ni, tak pernah tengok orang atau ada sumthin ngan kedatangan kami". Hati aku cuba berbisik sesama telinga aku. Tapi tak nak la berpra-sangka. Lebih-lebih lagi tempat orang ni. Aku tersenyum melihat mereka yang dah terpukau tu. Nak kata aku pakai ilmu, ches! mana ada. Dan sementara tu juga, mata ku berkeliaran mencari YDP Selangor untuk susulan lebih lanjut.
Beberapa siswa Selangor datang bersalaman mengucap selamat datang dan ada yang hanya senyum bersalaman dan macam-macam lagi. Itu tak penting, kerana aku bersyukur akan dapat makan kejap lagi. Di samping menunaikan syarat 'Ziarah' dapat gak habuan makan. "Erm, ustat-ustat Medic nih". Kami hanya mampu tersenyum. Sangsi dengan sapaan diorang. Adakah persoalan atau dah buat kenyataan. Dalam hati kami berbugar menerimaan kenyataan sedemikian. "Mana taknya seronuk, ada ke diorang cakap kita ni bebudak Medic". Kami terus bersenyum sambil berpandangan antara satu sama lain. "Nih adik punya pasal la". Yang sebenarnya kami pun macam diorang juga. Aku jurusan 'Perundangan Islam', Basdi-'Usuluddin' dan Sofie-Perundangan Islam peringkat(M.A). Dah nak buat macam mana, diorang dah bagi kenyataan. Betul atau silap hanya diorang saja yang nilai. Kami hanya tersenyum diam sampai bertangkai-tangkai.
....Bersambung.....
Wednesday, April 23, 2003
Saturday, April 19, 2003
(ii)
Borak punya borak, alhamdulillah selesai majlis. Agaknya pukul 12 lebih-lebih sikit selesai. Lama tak jumpa ada yang still lepak kat situ. Ada yang sambung bincang pasal awek, pasal family kat kampung, pasal mengisi time cuti akan datang. Sambil diorang duk sambung berbualan tu -sambil tu juga sama-sama berfantasi dan berkhayal nak balik kampung lepas exam ni. Dah atur planing bila kat Malaysia nanti. Nak lepak Kl la, nak round2 seluruh M'sia la. Ada yang nak kerja la cari duit nak kawin. hahahah "Seronuk sangat la tu..."; Aku sedang memerhati telatah diorang tuh. Senyum bersendiri.
Semak abih umah, kelam kabut si tuan rumah duk garu kepala. Nasib baik la ada kawan-kawan yang tak balik malam tuh. Kesian tengok diorang tu -bersantai keletihan di ruang tahu sebab buat persiapan dari pagi. Yang lain-lain lagi sambil berkemas cuci pinggan mangkuk, gelas, cuci karpet. Dalam bilik PakYA masih lagi bising dengan gelak tawa geng DUmyat. Entah apa yang diorang bincangkan. Sambil gelak, borak ada yang duk layan gitar. Sayup kedengaran, macam merestui perpisahan buat kali ini. Ermm.. lagu Sudirman "Hujan yang turun bersama air mata Bersama pedih bersama rindu Kau datang dan kau pergi jua Rindu lagi".. Adusss,.. menyengat di jiwa. Suara siapa aku tak pasti, ramai sangat. Memang memasing merelakan persuraian kali ni.
Group Dumyat dah siap-siap nak balik. Sofi(Pakndak), Mujahid, Apit(Pahang), PakRin, Apai, isyk! sape lagi hah? Aduhai.. tak ingat la plak. Kiranya ramai la, diaorang dah siap-siap nak balik malam tu juga. Katanya ada kuliah besok tu. Begitu juga Farhan dan Che On terpaksa pulang ke Zaqaziq kerana ada diskaus pagi esok dengan group Zaqaziq. Ermm,. bagus la tak boleh nak halang. "Woi! lepas exam datang umah aku deh". Sempat juga aku ingatkan diorang sebelum berlalu pergi tanpa bayangan. Di makan jarak pandangan yang semakin menggelap di selekoh kiri ke arah bandar Tanta. Aku dan kawan-kawan lain senyum dan saling berpandangan antar satu sama lain. "A'a malam tinggai kita je la" PakYa mula bersuara. Jelas kerut di dahinya menggambarkan kesayuan.
Masing-masing kembali ke destinasi; Dumyat, Zaqaziq, Damanhour, Shiben ElkOm dan Mansurah. Hanya tinggal aku, sofi dan Anon saja dari Cairo. Tidak terus balik malam tu. "Alang-alang datang Tanta biar bermalam di sini sehari." Usul Sopi setelah sama-sama bersepakat bermalam di Tanta Sehari. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan masing-masing berbual lebih rapat lagi. Peluang cam ni susah nak dapat. Kalau sebelum ini, hanya tuan rumah je selalu ziarah umah kami di Cairo. So, malam ni lantak sungguh-sungguh tuan umah ni, sampai ke subuh bersembang berat dan ringan. .. hehe.. "Sowi PakYa, kacau hang". Itu agaknya yang aku cakap, tapi PakYa senyum berpuas-hati dengan sambutan malam ni. Rupa-rupanya kawan adalah kawan atau sahabat. Selagi atas nama Islam kita semua adalah kawan. Sahabat atau kawan mana lebih best?? Ah, sama jek.. Sahabat atau kawan; Mungkin ahli kaji bahasa atau falsafah boleh kaji sejauh mana kata nama sahabat atau kawan ni. Tapi aku amik jalan mudah dan singkat jek. Tak mahu integrasi atas kerana kata nama. Bagi aku; Aku-nko, Aku-hang, Aku-Mung, Ana-Enta, Saya-Awak sama jek.. Janji hati mahu bersih dan senang dengan sesiapa sahaja.
16 April -Matahari telahpun gelincir ke arah barat. Aku, Anon, Sofi dan PakYa agak lewat sikit bangun. Maklum la 'ba'da'(selepas)subuh baru tidur. PakYa awal sekali bangun. Time kami bagun dah pun siap launch untuk kami. "Aduh, Syukran Jazilan ya 3ammu Safwan". Itulah getus hati aku kepada PakYa. Nama sebenar dia Safwan tetapi dia lebih senang dengan panggilan PakYa. Sementara menunggu untuk berangkat pulang, sempat aku memetik sebuah dua lagu kegemaran aku. Nyanyian untuk semua kehidupan agaknya. "Datang dan pergi, segala berganti..." -(Nasib Kita) Mael n Wings Banyak bayangan dan ilham perjuangan hidup dari lagu ini. AKu suka, mengajar ketabahan, memberi gambaran hidup liku-liku manusiawi, fantasi kehidupan manusia, ketamakan manusia, dan nasihat; demi kehidupan ianya mengharapkan kuasaNYA. Itu-lah kehidupan yang menuntut manusia supaya lebih rasional menilai hidupnya dengan penghambaan kepada Allah.
Cairo -Jam kurang setengah jam pukul 9 sampai. Buat Jamak ta'khir. Kerana tak sempat waktu di atas Tramco dah masuk maghrib dan tiba di Cairo dah masuk Isyak. So, dari awal dah niat buat Jamak Ta'khir. Tramco-(kenderaan yang membawa penumpang ke Cairo).
Hayyu Asyir -sebuah kawasan penempatan aku. Setibanya di rumah, banyak perkara yang menantikan selama peninggalan aku ke Tanta. Dan banyak janji yang harus aku langsaikan selepas ini. "wes! Petang tadi adik datang, dia ada nak cakap sesuatu dekat nko." Tidak sempat aku buka kasut Basdi, housemate aku yang tak jadi ikut sama ke Tanta bersungguh memberi khabar yang masih misteri itu. "Kenapa? dia tak cakap apa?"...
......Bersambung
Ralat:~~Sub-Budaya masyarakat Melayu moden telah mendidik anak bangsa jadi cam tu(bertelagah). Bila dah susah bersatu bermakna ada sumthing yang tak berpuas hati. Bila dah tak puas hati ada la yang nak bertekak. Mana benar mana salah sume nak dibolot dia yang kata benar. Budaya melayu yang semakin teruk dari atucara propaganda politik. Sub-Budaya yang terpengaruh dari dunia sekeliling -dunia pasca globalisasi, mempengaruhi sosio-politik antarabangsa. Dan dari argumen-argumen kontemporari ni la menyebabkan manusia sering bertelagah. Budaya dunia yang bertelagah. Bila dah dunia kena virus ideologi manusia semuanya akan terhasut secara tak langsung... Nak bincang pasal ni panjang plak la.. (Dari penerangan (i))

Subscribe to:
Posts (Atom)