Sketsa
Tak ramai orang memahami kisah hidup sendiri. Biarpun dia tahu, tapi untuk faham amatlah rumit. Sebab itu ramai manusia lebih melihat dunia orang lain berbanding diri sendiri. Memberi pandangan, menilai, membelek perihal orang, tidak kurang cuba berlaku pandai seolah ianya mampu menjamah intuisi manusia lain. Mungkin tanpa disedari dia telahpun menjadi wakil Tuhan di bumi. Hah! amat mulia lagi, manusia menggunakan teks-teks suci untuk membersihkan manusia lain. Masakan, diri sendiri tidak pernah dinilai. Tahu menghukum orang!!
Memang benar, teks suci al-Quran mampu memberi jalan terbaik untuk manusia. Dialah segalanya bagi makhluk sebagai wakil suara-suara Tuhan. Mengakui kehidupan manusia dengan sejarah-sejarah pengkisahan manusia sebelumnya. Memberi berita gembira kepada para Mukmin. Menjegah manusia perosak dari perkara-perkara yang darurat untuk manusia; sekalipun manusia tidak pernah mengetahui sebalik yang magis. Ancaman, ketelusan, pesanan, malah jauh di sudut fahaman manusia, pelbagai perkara mistik yang berlaku. Ajaib. Ghaib, kecuali mereka yang diberi pilihan sebagai wakilNYA yang sebenar di bumi. Malah ada yang mengakui ULIL-Albab adalah golongan mereka. Siapakah mereka itu; yang hanya bergantung semata-mata akal,kaji, tanpa amal yang mulia. HuH!! Memang tak malu.
Sebab itu teks al-Quran tidak berlaku secara mutlak. Mutlak dari segi bacaan dan tidak pada penafsiran. Mutlak dari segi Qat'ei tidak kepada Dhanni. Mutlak bagi kesucian tidak kepada pembebasan. Mutlak untuk para Mukmin, tidak pada Munafiqin. Entah, kasar benar jika disebut sebagai orang munafiq. Tapi, hipokrit di mana-mana berlaku. Di medan sosiologi lebih lagi. Di medan modenisasi yang tiada sempadan untuk manusia mencipta perihal yang di kira ISLAMIS. Hipokrit dengan kata tidak KAAAFAH menerima Islam. Tapi, ada kemungkinan, dalam kesedarannya membuatkan ianya terlibat dalam hipokrit terhadap AKIDAH. AHHH!! Manusia sendiri tidak pernah peka dalam soal ini. Mereka campur adukkan fahaman modeninasi, tradisi, hak-hak mutlak, hak-hak yang boleh sahaja diberikan ketelusan buat manusia menganutnya. Mereka keliru. Di mana para Ulamak yang katanya lebih hebat untuk memimpin rakya; menjadi wakil Tuhan di bumi.
Ulamak? Sebahagian besar manusia moden sekarang amat jengkel bila sahaja mendengar nama 'Ulamak'? Ulamak itu pewaris Nabi.. Maksud ini jelas bukan? Amat mulia. Disanjung tanpa dosa?? Ulamak yang berasal dari kata ALIMA: Ilmu: berpengetahuan. Dunia dan Akhirat. Hak dan Bathil. Tradisi dan Moden. Kecil dan besar. Atas dan bawah. Malah sarwajagat alam menjadi keharusan untuk seorang ulamak mengetahui. Sebab itu antara proses sebagai mujtahid juga perlu tahu soal-soal alam. Walaupun sebahagian tidak mensyaratkan Ladunni kepada mereka. Tapi, kemulian dan kehebatan seorang ulamak akan tidak dibandingi jika sampai maksud syarat2 tersebut.
Peran sedemikian malah tidak lagi penting. Manusia makin mencemuh ulamak. Mengeji. Memandang sebelah mata. Tidak lagi laku fatwa-fatwa yang dikeluarkan; ada sebahagiannya dikira agak ortodok, fundamental, extrim, lolos, liberal, supra-liberal, keji, tidak ketimbangan dan macam-macam jenisnya. Manusia tidak lagi bergantung kepada mereka. Ulamak, yang bukan saja cetek ilmu, beremosi, berpolisi duniawi, politikus, kritikus, tidak globalis, tanpa idelis, mundur, tercorok dalam amalan diri, tanpa prihatin, progresif, konservatif. Malah, ada yang sudah bangkit, reformis, sama juga tajdid, jadi pejuang, seluruh medan, atas nama Islam. Tahukah sebagaimana teks al-Quran menyebut; allazi yukazibu BI din; mereka yang menggunakan agama?
Ini dikatakan tuduhan melulu. Extrim, kasar, cabul. Ya, agak cabul fikirnya. Tidakkah mulia kerja mereka. Amalan mereka, kerana ingin membela kehendak Islam. Hah!! kesedaran ini pula macam mana? Meraka menggunakan seluruhnya dari dasar agama. Dari teks suci al-Quran membawa manusia. Menetapkan saluran hukum, memberi kata putus itu dan ini. Halal dan haram. Makruh dan sunat. Dosa dan pahala. Syurga dan neraka. Semua supaya manusia tidak sesat walaupun sesaat. Memberi kata putus atas seruan-seruan Tuhan. Sebagai wakil Tuhan kan. Salah atau tidak? Benarlah mereka kalau dibandingkan dengan manusia lain.
Manusia lain hanya tahu mengguna. Taklid. Ikut. Mendengar dan mengguna. Membaca dan beramal. Menentang dan menerima bulat-bulat. Ada yang sedikit sahaja mengkaji. Menilai benar atau tidak. Layak atau masih hanya lingkungan manusia setempat. Hukum waqie. Hukum yang tidak jelas. Mendapat dosa atau pahala. Manusia ini tetap keliru, cuma ingin kritikus. Mencari ada yang lebih benar melalui akalnya. Ilmu bacaannya. Sejauh paradigma fahamnnya. Menusuk-nusuk ke kalbu yang tidak pernah terang. Hanya minda yang jelas dengan pelbagai bacaan dari segenap pelusuk. Yunani, eropah, Timur Tengah, Asia Barat, yang banyak mempengaruhi bidang ilmu. Peradaban yang sejak berkurun lama. Lebih-lebih lagi ada rujukan yang dibiarkan usang. Tidak dikaji. Ditegah sebahagian pendapat. Disorok dalam peradaban ilmu yang terlarang. Disodorkan menjadi bacaan lalu ada yang buat satu akidah. Jadi pegangan.
Dasar-dasar ilmu hanya terbentuk bagi manusia yang rajin. Celik dengan pengaruh peradaban semasa. Berlumba-lumba agar lebih berpengaruh. Mencari nama dipentas kaca mata dunia. Meraih nama, wang, status, pengaruh, supaya ditantang dan dijadikan arca peringatan. Konsep yang dicari tercicir dengan pengaruh ini. Manusia jadi gelap. Buta di bawah para sedar. Mengigit seribu keputusan yang dicipta supaya jadi kebenaran dan ditolak segala yang telah menjadi sejarah. Bina kehidupan baru. Tajdid segala lapangan. Untuk membina nama yang akan tercipta nanti.
Kasta mana yang benar dalam soal ini? Manusia biasa? Mengikut jejak tak pernah puas. Malah semakin sebati dan malas. Manusia pertengahan pula makin tidak sedarkan diri. Atma dan nafsu sudah tidak seiring. Terhoyong-hayang mencari identiti. Terbenam dalam pengaruh nafsu amarah, mulhamah, lawamah; tidak pula terjangkau untuk menerima peringkat seterusnya. Nah!! malah wakil Tuhan pula? pasti rata-riti juga mempunyai nafsu. Mencari-cari kehendak diri dan penetapan fitrah yang wujud dalam diri. Tidakkah nafsu itu tidak puas direndam dalam maha api neraka, tetap tidak mengakui Tuhan? namun, janji-janjinya untuk mengkhianati manusia menjadi imbalan buat mereka yang tahu mana iman dan mana nafsu dan setan yang sentiasa menyelinap disalur-salur darah manusia.
Fadkhuli fi Ibadi dan udkhuli Jannati -maka masuklah ke dalam (sebagai hambaKu) dan masuklah ke SyurgaKu. Masih dalam dua kebenaran. Dua tempat yang berbeza untuk mereka membelah perjalanan hidup. Sebagai hambaNYA dan seterusnya ke SyurgaNYA. Untuk segala kasta manusia. Tiada terkecuali yang ada.
Wednesday, November 07, 2007
Saturday, November 03, 2007
Rabun epi-1 (Prolog)
JAUH
Jauh. Sudut sana tak jelas pun. Kabur melihat sebatang tubuh terkijal-kinjal menerpa ke arahnya. Tidak nampak seperti tubuh itu resah, hanya terpanya longlai. Jarak antaranya dengan si tubuh itu lebih kurang 1000meter. Dan adat akan sering menjangka dengan teka-teki, adakah dia itu seorang wanita atau lelaki sepertinya. Siapa gerangan. Ada apakah yang berlaku. Kenapa tidak saja melaung dari jauh memberi sahutan tanda. Untuk kenal pasti. Puing-puing teka teki masih menjalar di fikir. Dia yang rabun.
Mungkin saja lelaki itu sudah kenalannya. Memberi berita ataupun ingin mengajaknya membuang masa di pasar raya, warung Pak Mas'ud di hujung sana. Atau memasang pukat di sungai jalanan yang begitu banyak ikan-ikan yang jelita. Barangkali, dia juga antara pelukis-pelukis alam di kertas putih. Menjadi baris, berlipat-lipat, bait berperenggan untuk dinyanyikan oleh jiwa yang tersentuh..
Dia mengerutkan dahi lagi. Kerutan setebal 0.0009cm di dahinya tidak mengganggu rupanya yang agak sawo matang. Sedikit jerawat manja di pipi kanan-kirinya. Alis matanya seperti anak gotik. Agak lebam dan ini bukan disebabkan ditumbuk, tapi darah nasab kata orang dari bangsa Arab. Anak cicik,cucuk,cacik S.Jihan. Riwayat cinta antara Raja Jihan+Puteri Taj Mahal. Itu kata orang. Raut wajah yang agak membujur juga ada iris keturunan itu. Dia sendiri ketawa bila tahu ini dongeng untuk riwayat hidupnya yang tidak seagung sejarah Taj Mahal.
Dia masih memerhati akan tibanya tubuh itu. Merayau untuk menangkap tubuh itu. Matanya cuba menggenggam tubuh itu. Di kiri-kanan perjalanan tubuh itu agak suam-suam petang. Tiada banyak yang lalu lalang. Lebih lagi hari ini di kampung hujung sana tengah riuh berkenduri. Ramai orang kampungnya juga ke sana. Belatuk petang turut sunyi untuk bertukang. Hanya ngiang-ngiang suara hening menunggu jasadnya menanti tubuh kecil itu.
Dalam fikirnya masih mempunyai falsafah hidup. Fenomena dengan perasaannya pada tika ini. Sosio manusia juga berkait rapat dalam menanggapi sesuatu perkara. Tidak kira soal manusia, sistem, peradaban, budaya, keilmuan sendiri yang masih samar-samar seperti dirnya melihat tubuh itu yang jauh. Tanggapan berbagai-bagai jenis akan muncul dalam fikir, mencipta teori, membuat kesimpulan, dan terjadinya hukum atas rukun-rukun tanggapan. Adakah dia seorang lelaki atau perempuan, berbaju baru atau lusuh, kenalan atau musuh.
Boleh jadi segala fikirnya atau tanggapannya akan jadi benar, realistik. Tidak mustahil juga segalanya akan tersasar menjadi fitnah, hukuman songsang, atau kerana prejudis dan salah sangka, segala tanggapan akan meleset tanpa disedari. Makin parah kalau segalanya sudah dikunyah menjadi darah daging, ideologi, akidah atau keyakinannya. Tapi, penantian untuk lebih jelas lagi mengakui siapa tubuh itu akan tiba sebentar lagi. Harus dipasti..
"OoOOOO.. kau Hussain. Ingat ke siapa tadi", dari jauh dia cuba untuk menyapa. Menjawab segala soalan dan tanggapan yang pelbagai rupa. Kelihatan Hussain sempat senyum riang memerhati temannya begitu gopoh melambai tangan.
"Oiii.. salam la dulu.. hahah.. Assalamualaikum!!" Hussain yang ketawa membuang sedih makin terkinjal-kinjal menuju temannya. Dua teman itu agak mesra dan mereka berbalas senyuman memberi interaksi dari jarak yang tidak lagi jauh. Semakin jelas..
"Hahhh.. Meet Uncle Hussain ehh? aku la.. Hhahahah", Hussain sekali lagi ketawa terkehik-kehik bersalaman dengan teman yang dari tadi terpinga-pinga mengecam tubuhnya.
Mereka di bawah rimbunan pohon rambutan berbual mesra. Tiada resah jiwa.

Subscribe to:
Posts (Atom)