Saturday, August 18, 2007

~4 My Student Goin tO Egypto~



Tak jauh dari wilayah sana, masih banyak perkara yang bergolak. Sejak islam datang, dijajah lagi pengaruh barat, datang Sallehuddin dan tumbang lagi di tangan zionis. Kini tanah itu masih terumbang ambing untuk mengakui ianya adalah negara yang bebas, Palestin. Hanya Egypt, sebagai jiran dekatnya yang sedikit kukuh di bawah penguasaan para agamawan dan para intelektual. Tapi itu soal amat berat untuk difaham. Banyak konspirasi politik dan tidak wajar untuk dikaitkan dengan pengaruh keagamaan atau sosial pembelajaran. Hanya yang pasti, negara pinggirnya akan sentiasa dijajah hingga kini. Dijajah oleh para penuntut ilmu, seperti aku, dia dan entah manusia mana lagi.

Tak kurang tiga puluh hari sebelum ke tanah Arab, segala emosi bercampur-baur dengan polemik diri. Tentang diri, masa depan, keluarga, dan masyarakat yang rata-riti adalah hidupnya sejak kecil. Kawan-kawan lain juga resah, risau untuk meninggalkan tanahnya. Merubah budaya, pengalaman, berubah cara, watak dan wajah manusia yang selama ini hanya diceritakan dalam text al-Quran atau kisah Hadith yang dibaca di surau-surau, masjid-masjid dan adakalanya hanya tergambar di fikiran seperti dalam rancangan Jejak Rasul di TV3.

Kalau sebelum ke tanah Arab, mungkin dalam imaginasi; padang pasir yang tiada sempadan. Unta-unta berlari-lari anak, mengejar gerombolan di keluasan sahra'. Atau keldai yang ditunggang seperti kuda. Dalam masa yang sama juga, suasana yang islamisasi. Helaian jubah yang bergerak ke sana kemari di pasar, di jalanan, kota raya yang barang kali bertongkatkan batang tamar atau pelepah tamar. Dirham, dinar dengan gaya-lakon seperti cerita P.Ramlee. Lagi, suasana islamisasi amat pekat akan dirasai. Jauh sekali dibandingkan di Malaysia yang kadangkala naik turun pengaruh sosialnya.

Mungkin kerana kesan kedatangan Islam yang dibawa masuk oleh Saidina Amru bin al-Asr sebagai gabenor Mesir pada waktu itu. Timur Tengah ataupun Asia Barat, begitu banyak menjadi titik-titik sejarah dalam pembudayaan Islam dalam masyarakat. Cara fikir, geografi, budaya jahili, peradaban, intelek, dan segala unsur-unsur utama kemanusiaan berpunca dari situ, negara Arab. Tapi, Mesir lebih lama dalam kekhalifahan Maha Firaun dengan bangsa Qibtinya, dan ketika saingannya disanggah oleh Nabi Musa a.s dari utusan Allah untuk mentadbir kaumnya. Juga sejak dari turunan Nabi Ibrahim a.s; lebih dekat dengan gelar Bani Israel.

Ketika kaki belum lagi berpijak di tanah sana, informasi sebegini amatlah cetek. Hanya pengaruh-pengaruh politik yang keluar dari corong berita. Tiada istilah keilmuan. Hanya tekanan emosi, prejudis, membuta-tuli, berontak dan banyak alasan lagi; hanya kerana kurang pendedahan dan tiada aset yang kuat untuk menilai segala perihal sedemikian. Malah, dalam soal-soal lain sekalipun, tidak rasional dan tidak bijak mengatur fikir, otak, minda yang agak kekampungan.

Yang pastinya, kaki tetap akan lebih jauh lagi menongkah hari-hari depan. Memahami lebih dekat geografi arab, ketamadunan, budaya, bahasa; yang kadang-kala terbentuk dengan loghat-loghat setempat. Eishlunak, Kaifahalak, Izaiyak, EishAkhbar, Salam, Shalom, dan beberapa contoh loghat yang diguna-pakai lagi. Itupun hanya basik bahasa yang diperoleh untuk persediaan sebelum ke tanah Arab.

Tapi, ada yang resah. Ibu tidak pernah diam membelai rindu-rindu sebelum keberangkatan ke tanah arab. Nasihat, kasih, cita-cita, keluh-kesah serta risau dengan makan minum seorang anak. Katanya; "kau harus lebih berdikari. Soal harian, permasalahan, pergaulan, pembelajaran yang lebih luas dari pandang sisimu". Suara yang dikerongkongnya agak basah. Ibu sebak.
Di pihak lain, ayah sedikit serius dalam soal ini, dia sering mengaitkan Hadith Rasul yang bermaksud; Jadilah seorang yang berilmu, atau orang mempelajari (ilmu), atau orang yang mendengar (ilmu), atau menyukainya (ilmu), dan janganlah jadi golongan yang kelima, sesungguhnya celakalah keatas mereka.

Bagi ayah, tidaklah susah untuk bersaing dalam lomba-ilmu mengejar cita-cita. Di negara sendiri pun sudah mampu memberi alasan kukuh untuk lebih berjaya. Di negara barat berebut-rebut orang ke sana, sebaliknya tanah arab yang menjadi simbolis kepada dunia Islam telah pudar ditelan zaman. Dan sekarang, dunia kembali menggilap keberadaannya. Kiblat ilmu dunia Islam kembali dikerumuni manusia. Dengan kemahiran Islam, segala keilmuan mampu diadabtasi melalui nilai Islam itu sendiri. Sebab itu, sejauh mana bidang yang direntasi oleh anak-anak melayu hanya akan terisi dalam kejiwaan islam. Dan dunia arab adalah satu kilang yang bagus bagi generasi akan datang. Tidak kira dalam hal mana sekalipun.

Itu agaknyanya kehendak orang tua. Tapi, untuk fikir sejauh itu mungkin agak cetek pada waktu itu. Cuma yang tahu, saingan pengajian dan cita-cita semakin bercambah. Kualiti, keagamaan, sosial, budaya, ilmu, kedoktoran, kejuruteraan atau lainnya akan dinilai mengikut peredaran zaman tertentu. Mungkin misi negara pada dewasa ini menjana 'modal insan' telah memberi peran terpenting dengan kaitan kebendaan dan kerohanian.

Esok masih menghitung hari lagi, baju-pakai tidak lagi dibasuh ibu, makan minum sudah tidak menentu, tidak lagi akan medengar suara-suara ibu meleter di pagi hari, tapi hari-hari di sana akan makin sibuk. Makin menguji ketahan minda dan nafsu diri. Akan lebih melonjak lagi dan lagi. Kerana mahasiswa kini semakin ketandusan untuk memberi kesan yang setimpal dengan cita-citanya terhadap negara. Contoh, sebagai bakal kedoktoran (untuk edisi ini), doktor juga harus mempunyai idelis dan kerohanian yang islamis secara moden untuk dijadikan tunjang hidup, serta dapat memberi contoh untuk masyarakat. Bukan sahaja hanya mengaut keuntungan kariernya malah mereka juga tidak lepas tangan dalam soal-soal kemasyarakatan dan pembangunan negara.

Mungkin itu adalah harapan masyarakat dan diri. Kerana peraturan hidup sebagai muslim dikira dalam bentuk-bentuk harapan, seperti niat. Oleh itu, niat juga adalah satu cetusan hati yang berupa harapan. Dalam fiqh islam, hadis 'setiap sesuatu perkara dengan niat' adalah tajuk terulung dalam kaedah-kaedah besar fiqh. Justeru, di setiap segi lapangan sekalipun, niat yang baik akan menjadi perhitungan yang amat rahsia di sisiNYA.

Negaraku akan mengenang diriku. Menunggu kepulanganku. Meminta ehsan dariku. Menagih bakti dariku. Hanya keranaMU dan untuk negaraku.

Duwenk
Rahim Kajai
9 Julai 07

Saturday, June 16, 2007

-Saingan Sosial-

Orang banyak faham tentang sosial. Bila dengar sahaja kata 'Sosial', mentaliti manusia dah rasa jijik. Dah rasa sesuatu yang menyalahi kehendak agama. Ataupun 'sosial' ini boleh menjurus kepada 'pergaulan a.k.a bebas'. Contoh-contoh yang selalu orang guna "...budak tuh sangatlah sosial.." "Kau ni sosial la...!!" dan macam-macam lagi.

Sosial kerajaan, sosial hidup, sosial maksiat -masing-masing berbeza dalam penggunaan. Perkataan sosial ini lebih memberi erti -sosio kehidupan- atau 'pergaulan' atau 'hubungan antara manusia' dalam perkara-perkara kehidupan. Dari kata; sosio-hidup, sosio-ekonomi, sosio-budaya, dan sosio-meliputi antara manusia dan alam.

Secara definasi, sosial adalah rangkaian pergaulan manusia dalam setiap genre hidup. Dan faham sosial adalah lebih luas dari perspektif tertentu yang boleh membezakan antara sosial-hidup+ sosial maksiat. Bergantung atas pelaku dan dua keadaan yang berbeza. Sosial adalah sosiologi hidup dan pelaku yang menentukan sosial itu bersifat negetif or positif.

* * *
Saingan sosial -Bermaksud 'perlumbaan sosial' dalam memperolehi kehendak semasa yang melibatkan pengaruh-pengaruh sekeliling. Sebagai contoh; saingan untuk berdaya saing dalam kehidupan berupa kompenan-komponen material. Melalui saingan karier, saingan harta, saingan sosial, serta sifat yang berkehendak 'lagi dan lagi'.

Perkara ini sebenarnya telah dialami oleh setiap manusia. Lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam suasana 'kerja' dan saingan semasa dalam mencari keperluan hidup. Begitu rupa saingan sosial ini, telah melibatkan manusia+benda=Kuasa. Kuasa ini lah yang menentukan 'Juara' dari perlumbaan sosial tersebut.

Sebagai contoh sosial kerja; apabila si A telah menjawat kerja dan telahpun memakai kereta, dan si B pula juga telah bekerja akan tetapi tidak memakai kereta. Jadi, psikologi si B tadi akan menerima cabaran dalam 'saingan sosial' untuk mampu bersekedudukan seperti si A.

Begitu juga dalam sosial hubungan; si A mempunyai seorang kekasih, dan si B juga akan terpengaruh untuk mempunyai seperti si A miliki. Jadi sifat saingan sosial telah dipengaruhi dari sekeliling pelaku.

* * * *

Saingan sosial sebenarnya adalah kesan dari percaturan ekonomi semasa. Samada ianya bersifat kapitalis (yang banyak terlibatnya kes saingan sosial) mahupun sistem ekonomi liberal (yang saingan sosial itu berdasarkan sifat manusia itu sendiri).

Dalam negara yang pesat dan membangun seperti malaysia, saingan sosial adalah menjadi kayu ukur dalam kepesatan negara. Dan amalan ini juga telah meletakkan proses ekonomi negara semakin berdaya saing. Bentuk sosial juga akan lebih menentukan sejauhmana hubungan antara manusia dan kesan terhadap keseimbangan sistem-sistem yang wujud dalam negara.

* * * *

Secara realiti, saingan sosial tetap memberi kesan yang negetif kepada masyarakat. Kerana keseimbangan sesebuah negara bergantung kepada kehendak moral yang melahirkan 'keharmonian' antara masyarakat. Serta mampu mengimbangi sistem-sistem yang wujud dalam genre modeninasi.

Secara islamis, saingan sosial digalakkan hanya bila pelaku berperinsip. Tidak melampau-lampau dan masih menjadikan saingan sosial itu lebih harmonis.

p/s: Hentah hape yang aku tulis. Tuh jahhhhhh!!!!