Wednesday, May 17, 2006

"PixiE's with IdEnTiti"







Gambar nih sebenarnya aku dah upload baru nih..tah hari ape.Tapi nak tulis2 tak sempat. "Mugo lepak CC jah. Time tuh la member ajak balik..siak jahh..pastu..nih kira aku edit la.

Takde pon cite menarik.Hari-hari kena berperang dengan emosi yang naik turun. Kekadang rasa jadi stabil sebab -rasenya cukup HAUL kut-. Tapi perang untuk diri memang tak abis-abis. Sampai terbawa2 dalam mimpi. Ngeri sangat ke perang nih sampai bawa dalam mimpi?. Tak la ngeri sangat. Cuma, cam perasaan jeh!!
Buat masa ni: (Perang) dari arti; melawan arus diri yang dah terjadual dengan situasi sekeliling. Iaitu, berkaitan dengan karier diri atau abiliti sebagai 'Student'. Lebih2 lagi bila dah sampai ke tahap sekarang nih. (Bagaimana, mungkin penilaian diri itu hanya mutlak pada individu tersebut. Bukan pada penilaian mata orang lain yang banyak berkemungkinan =tidak pasti.)
Lagi tak faham, apabila di pandang sudut epistemologi manusia yang berurusan dalam hal kemanusiaan itu sendiri. Turut membabitkan sekeliling yang berupa bio-kosmo kehidupan lain.
Dalam penelitian ini, sifat manusia itu mungkin boleh dinilai, akan tetapi terhad dengan pemahaman atau tanggapan psikologi manusia pada sesuatu, termasuk penilaian sesama manusia. Iaitu bergantung pada paradigma keilmuan masing-masing.
Kalau mengikut kajian Sumber Manusia, fakta yang ditetapkan untuk penilaian tingkat mutu manusia juga berdasarkan paradigma culture tersebut. Yang memberi perbezaaan antara kebudayaan2 tertentu. Seperti juga berlaku dalam pemahaman kaedah Islam menentukan hukum-hukum buat manusia. Kerna ianya bukan mutlak akan tetapi 'syumul' melalui kesesuaian setempat.
Jadi, perang sebenarnya hanyalah psikologi individu seorang student yang terpaksa bergelumang dalam identitinya yang begitu rumit disusun. Bukan kerana dianya tidak punya usul diri atau celaru, (ada la sket2 tuh) tapi kerana enviroment sekelilingnya yang menentukan sifat diri dan hukum terhadapnya.
"Manusia itu sendiri yang akan mengubah dirinya,bukan orang lain"- satu sudut 'Tolaqul Qudrah' adalah sifat mutlak bagi diri-NYA yang tidak mampu dinilai oleh manusia. Dan yang ada hanyalah pandangan singkat sebagai manusia untuk menentukan penilaiannya pada PENCIPTA.
Justeru, hanya sekadar kemampuan akal boleh menentukan hal diri melalui kaedah-kaedah seperti skill, abiliti& knowlagde (s.k.a) sebagai displin diri untuk manusia. Wala Haula Wala Quwata iLLa biLLahi alAzim. Titik...

Friday, May 12, 2006

"Sosial Kejam"




:ReLeaS MinD:





"Mana ada la.. Aku dah lame tak updet.. Sibuk jah sejak kebelakangan nih. Budak2 baru pun dah ramai..."

Ingat kawan aku tegur suh updet blog. Kata nak baca apa yang aku tulis. Isi otak aku. Isi cerita kisah hidup aku. Realiti keliling aku. Lebih2 lagi pasal dunia sinih. IgiP. "Best sangat ke Cairo neh". Lebih otai lagi, katanya, "Bleh tahu dunia romantis aku. "HHAHAHHAHAH". Siak jah kawan tuh.

Musim plak tak menentu kat sini (maksud aku musim mood). Cam chipsmore la plak. Kejap ok kejap tidak. Kejap heppy ending jah.. Hahha.. Kejap plak cam serabai jah. Mana satu nak susun, entah lah..

Buku berlambak lagi nak kena selak. Time dekat2 exam nih la baru rajin nak kongsi balik blog.. syiak jahh.. Dan lebih2 lagi derang (member2) suh packing masuk lam kotak. Katanya dah bleh blah dari dunia Cairo neh.. adoiiiii

Doa-doa la kat aku neh sume. Nak Final neh. Nak Balikkkk!!! Nanti2 la aku pergunakan balik pekdah2 blog nih..... Tunggu dehh!!!