Monday, December 06, 2004

"G.B.M"


Sehari dua duk kat umah ok la.. Bila dah lama, rasa buhsan pun bukan, meluat pun bukan, rindu pun bukan, cumanya.... cam dah panas punggung nak duk lama2. Makan tido, main, (malam) lepak, balik kul 2/3.. Huhh... Tapi, dalam tidak keruan cam tuh, ada gak yang manfaatnya. "Ini hikmahnya"..

Bila time Raya hr tu, rasa kekosongan dah dipenuhi kemeriahan. Mana taknya.. sume anak beranak balik.. From indonesia 2 orang (kakak n adik aku), from terengganu (adik aku), from kl (kakak aku) n aku sendiri yg lama dah tak balik.. seMemori aku,.. inilah kali pertama kitaorang berkumpul (selamat 10 thn terakhir). Bila dah terkenang camni, "Eh,.. Keluarga u ni keluarga perantau la".. Ada yang sibuk komen pasal family aku.. huuhuhuhu

Itu time raya 2/3 hari, lepas je raya enam (Hari Raya Puasa Enam), derang dah balik sume, tingai aku sorang lagi.. cam aku cakap tadi, cam tak keruan.. Tapi, bile jah sampai sini (kl)... igt nak balik umah smula. Macam saham naik turun di pasaran...

Selama 2 bulan 1/2 neh,.. pikir2 balik "apa yang aku dapat"... tak banyak pun. Cuma rasanya, yng sikit tuh banyak nilainya.. Kualiti memang bleh pertikaikan.. Secara sosial hidup, ilmu, kefahaman intuisi, emperik n bla bla bla.. Dari dua pihak yang sama lable lainnya.. Mudahnya, soal jasmani n rohani.. Yang berorientasi Modenis n Tradisi. Boleh tahan gak la.... Pendek kata; Buah petik di kota, diranumnya di desa.

Mungkin situasi n suasana buat aku jd panas punggung kat umah. Bukan berontak, cuma tak bleh konsisten n terlalu lama.. Cabaran dari luar lebih menduga aku untuk lebih praktik pada setiap keadaan. "Aku lebih senang macam ni.. Macam konservatif (zahir), Agresif (batin)".. Itu tanggap aku buat sementara ni..

Itu dari perihal sosial dunia. Untuk hidup lebih panjang, kaki nih perlu melangkah lagi. Perlu berlumut dan basah di kehidupan dunia. Perlu lebih menajam mata untuk menilai sketsa dunia. Itu maksud ku... Esok, lusa dan hari-hari.....

Keluarga di kampung; Papa+Mama, "Semoga sentiasa dalam rahmatNYA. Terima kasih sanggup terbeban 2 bulan lebih ni" -(Tu la.. si penjaga sanggup berkekang mata utk menjaga.. Tetapi anak pula bagaimana?). My sister, bro-Rizal, dadan coz banyak sangat dah nkorang tolong aku time balik nih.. Teman-teman; "Terima kasih coz sanggup layan aku."hahhaha.. "bila plak kan muncul waktu2 sperti ni".

Esok 8hb Disember 2004.. Aku akan ke Cairo lagi.. Untuk mengintai balam-balam bangunan yang banyak. Menimba sungai Nil yang tak putus2 arunya. Mencemuh pada budaya-budaya yang kadang kala juga sanggup mengorbankan nilai manusia (ada kalanya saja). Dan banyak lagi masalah yang bakal aku celahi, dan bagaimana nanti?

Kembali ke Kota Bernyawa
Tidak membaham keponakan Arab atau Yahudi
Hanya untuk degup usia detik-detik ketika Mulut menelan manusia
Seperti Maha FirAun dengan Kuasa
Maha Qarun dengan Harta
Maha para pengukur iman-dunia
Tapi hanya satu langkah ku
Seperti Musa merintih tinggi ke langit
dengan nista kaumnya
Seperti Syafie menongkah pasiran sampah di kota
dengan lambang kapalnya
Dan Para penobat akal-iman Agama
"paichowan"


Wednesday, November 10, 2004

"Akhir Ramadhan dan Syawal"

Dah nak raya ehh.. Huhuhhu.. bape banyak sangat amalan bleh kita kutip bulan pose neh.. Kenapa plak Para malaikat (hingga memberi kesan kepada Rasulullah dan Para Sahabat) Bersedih sangat bila senjanya hitungan Ramadhan?? Kenapa plak manusia tak kreatif dlm membolot keuntungan ibadat. Lebih2 lagi di akhir Ramadhan Ini yang banyak mencelahi Ribuan Rahsia LaiLat al-Qadr..Sebaliknya, Manusia lebih kreatif dalam perihal dunia..perihal mengatur aturan dunia, membongkah kerahsian dunia hingga lupa asalnya dan macam2 lagi perkara yang benar-benar hampir terkeping lipatan iman. Bahawa sebenarnya, Perihal Dunia dan Akhirat adalah sama2 teras kejayaan dan jaMinan Allah untuk Umatnya..

Berkat yang masih berbaki nih.. Sama2 la pungut serpihan hari kesepuluh akhir ni. Berapa hari sangatKah yang ada?.. Biarpun sedih ini tidak begitu meranumkan Iman kita, tetapi sifat sensitif dan kreativiti sedar sebagai hamba perlu di amat-amati kembali di akhir Ramadhan ini. Kerana selepas ini, Allah juga menjanjikan (meraikan) kemeriahan dan kegembiraan di awal Syawal kan tiba..

Biarlaaa.. kalaupun malam takleh nak tido, kerana emnasia atau apa2 penyakit... sibukkan saja dengan berfikir (tafakkur) Kerana Allah.. Biarpun sifatnya lebih menjurus keberhasilan duniawi(itu yang sangat malas). Jangan biarkan, "sudahkan amalan diri ke akhirat tidak terdamping, malah kedua2nya terlepas dari pangkuan masing-masing." Kerana Matlamat hidup adalah Kerana Allah.

Tidak cabul rasanya; Kerana dua hal yang berupa "tafakkur Ibadat utk seruan di dunia dan Tafakkur Ibadat utk seruan ke akhirat" adalah peranan yang sama2 penting untuk manusia muslim. Pertama; seruan yang menyedari keterbatasan dan keterbukaan membudayakan agama dalam diri untuk edaran dunia. Tidak kira dalam permasalahan budaya, politik, ekonomi dan segala faktor struktulisme kesejagatan (global) di antara Manusia. Dan Seruan Kedua; yang betul-betul pusat penjanaan seruan pertama: meliputi hal Ibadat. Lebih2 lagi di akhir ramadhan yang Tafakkurnya lewat soal ibadah zikir malam (solat Tarawih, tahajud,taubat dll.)yang langsung kepadaNYA.

Biarpun baki-baki yang sedikit ini, masih berpeluang utk kita menghiasi diri bersama moral, nilai dan lable (simbol) itu sendiri...Dan setelah itu, berhasillah 'kemeriahan dan keraihan" di Syawal nanti benar-benar manfaat utk dirasai.. Serba sedikit yang sedar ini, dapat mengatur kembali niat suci (kerana betapa mistik) kita menjajah di dunia sementara ini biarlah Kerana Allah.

***********************************************************

*Dah tinggal 2 or 3 hari lagi nak raya… Tak relevan agaknya ‘entri’ nih. Tapi coz lama dah buat, Cuma nak publish tak leh.. server memang siall.. hahha?

*Sape wat rumah terbuka?? Jangan segan silu ajaklah kawan2 pegi umah.. “pai buat umah terbuka hari raya pertama.. Betul2 lepas solat raya.. Lepas tu tutup terus.. HuHUHhu”

Selamat Hari Raya;
::Paichowan::