Tuesday, August 17, 2004

"Nice To Know U"

"Dah tak ada mende nak Tuliz. Kebelakangan ni duk pergi sana sini untuk siapkan urusan dengan Embessy." .. Orait gak la.. Kelmarin baru siap dan kelmarin juga aku dah decide flight balik Malaysia.. "Aku akan kembali jejak tanah Air Ku".

Mungkin aku akan rindukan Tanah Debu neh. Itu mungkin jah. Dan akan aku rindu mereka yang banyak sangat membantu aku kat sini. ExSpecialis bebudak ISEK: IKATAN SETIA KAWAN, Cairo. Dan banyak kemungkinan aku akan rindukan suasana sinik. Suasana yang banyak menggemarku untuk turut bernafsu di Musim panas. Wakkakakk:))

Dan bila tiba di rumah; mungkin juga banyak program yang akan tergendala. Banyak yang akan dikuasai oleh nilai-nilai adab, nilai yang terpengaruh dengan struktur organisasi keluarga.. Hhahah:)) itu agaknya. Sudah tidak boleh mengatur sesuka hati, sudah dipimpin dan dibelai seperti anak lelaki yang perlu banyak berjasa kepada Ahli keluarga.. "Kerna aku tak mau jadi anak durhaka".

Soal hari-hari akan tiba berkemungkinan juga tergantung atas masa, waktu dan suasana pergolakkan sebuah rumah tangga. Seperti turun naik saham, jika banyak susahnya, perlu berkorban untuk kesuksesan segalanya. Jika berjalan lancar; teori-teori perancangan selama ini perlu diperbincangkan kembali untuk keharmonian seluruhnya. Kerana 2 jiwa yang terutama perlu dititik beratkan sementara peluang masa ada bagi ku berkhidmat untuk mereka. "Kerana pass Syurga adalah di tangan-tangan mereka".

Untuk ke hari ini, banyak suka-duka telah manusia lalui. Dan hari ini telah menyambut umurku semakin usang dan matang. Usang kerana akhir zaman dan matang kerana tahun kesejagatan.. "Dunia tidak akan menguasai nafsuku dan biarkan saja fikiran ku berleluasa dalam karenah ini".

Terima Kasih untuk semua; Sahabat dekat atau jauh!! Terima Kasih juga kepada Institut Pengajian Tidak Formal ku (Suasana), Para Kekasih, Tok-tok Arab; Jahil atau Alim, dan bla bla bla... "sape2 la yang rasa buat jasa kat aku".

Dengar kan; "Kota NIL, aku kan kembali, membawa lerai sosialis hujan batu di negari sendiri, biar pun emas kau beri ku telan, makan dan senang di sini, janganlah Kau iri. Biar pun syurga menjamin ku di sini, namun risiko neraka juga tidak menjamin ku di sini. Kota Nil dan Kota Sel adalah serupa untuk ku berpijak, tetap tersiap segala cabaran untuk melintang ke jalanNYA. Lepas ku buat sementara Kota NIL".

Paichowan; 17 Ogos 2004 :Selamat Hari Merdeka Buat Seluruh teman-teman Indonesia dan para penduduknya.

Monday, August 09, 2004

"Instrumentalisme-Revolut"

"Zaman makin berbeza. Manusia pun beza. Hidup turut merasai bezanya. Semuanya memang berbeza. Kerana rakaman masa dan waktu berubah sentiasa untuk manusia. Sebab itu manusia sentiasa dalam kerugian".

Falsafah apakah hingga perlu berfikiran di waktu santai, lena, main, kerja, dan segalanya. Falsafah yang membina ketahanan hidup ku untuk terus merancang di kemudian hari. Esok, lusa dan waktu besar dalam keluarga, zuriat dan bangsa menerajui hidupnya dan negaranya. Ya, negara yang sudah Merdeka dan belum tika masih dikawal dengan kuasa dunia.

Mungkin tahun ini Merdeka makin membina siasah manusia. Kampung halaman, pusat bandar (pencil dan gah), jiwa-jiwa manusia, fikiran manusia, tata-hidup, gaulan, perjuangan dan tak lupa juga untuk tidak mensia-siakan usia segalanya yang makin mencecah bilang-bilang angka.

Memang benar; manusia tetap punya falsafahnya walaupun aktif sifat berbeza itu sering menukar ganti hala tuju manusia. Sehingga dari peringkat yang punya akal fikiran dan yang menanti maut sudahpun memproses bahagian falsafahnya. Hanya untuk mengisi kehendak dunia. Itu sahaja.

Ogos ini juga akan merakam banyak peristiwa. Antara bulan kelahiran, kemerdekaan, kesadisan, keriangan, kehampaan dan segalanya berlaku. Untuk mengajar mangsa dunia seperti aku, kamu dan kalian. Cumanya sifat beza yang diketengahkan adalah usul perjalanan hidup, bukan menyifatkan bezanya dari sosial hidup. Kerana usul itu adalah hak utama menilai posisi kita bagi membelah atur-cara hidup ini.

Kebarangkalian situasi manusia seperti aku ini perlu lebih progresif dengan faham falsafah hidup. Faham dengan sosial manusia. Faham dengan proses untuk manusia. Kerana kefahaman ini akan mencerna falsafah seseorang untuk menilai gerak geri manusia untuk hidup, perjuangan dan justeru itu falsafahnya akan tergemilang.

Apa yang difikirkan adalah sesuatu yang segalanya berkemungkinan di hari-hari akan datang. Untuk mencabar dunia bahawa kemampuan manusia ini tidak punya tolak bandingannya. Hinggakan kuasa globalisasi, modernisasi, kurapsi gelombang-gelombang isme dan lain-lainnya bahawa; manusia mampu menandingi dan berdaya saing supaya tidak terpengaruh dan tunduk dengan negetisme sedemikian.

Kerana, walaupun banyak kemewahan diterima. Kesenangan, kecanggihan dan keterbukaan yang dicernakan namun, negetisme kemusnahan akan sentiasa menyeru suara-suara kiamat akan tiba. Biarpun sehebat mana sekalipun pangkat, kuasa, balam bangunan, senjata bahawa firmanNya mencemuh membawa kehancuran kecuali WajahNYA.

Untuk menjaga dunia; falsafah manusia mempunyai 2 unsur utama yang sama maksud. Adalah Dustur (Syariah) itu, berunsurkan untuk manusia merealisasikan dan praktik berguna untuk diri. Hinggakan kemampuan yang dimiliki untuk menjadi penyeru adalah kewajiban individu. Kerana dustur itu juga, tidak akan memihak sama sekali bagi Pencipta.

Justeru, harga manusia mempunyai ikatan yang kukuh untuk faham dengan dustur, dan menghasilkan falsafahnya tersendiri mengikut faham situasi kehendak manusia. Namun, kuasa faham tersebut tidak semata-mata tenggelam dengan kefahaman sosial bersahaja, akan tetapi kefahaman dustur sebenar dengan hubungan kepadaNYA adalah aspek utama untuk manusia menelusuri ke aspek-aspek yang lain.

"Tiada siapa menghina Hidup"