Bagi jah nama mu, kita dah select yang lain". Dua minit kemudian."Semua tuh bekas Manhal United. Cuma dua tiga orang jah yang select baru".
Bukan senang nak konsisten dalam satu-satu kelompok atau perjuangan. Huh, bukan perjuangan je la.. Perjiwangan pun sama. Kekadang tu manusia punya pendirian dan pe'elnya sendiri. Tidak mau ikut rentak orang atau bertaqlid dengan aliran orang. Nak jadi orang kritis rupanya. Macam banyak-banyak tokoh atau manusia yang namanya sentiasa di bibir manusia hingga kini. Cam Kurt Kobin dalam arena musik, Ayatullah Komeini dalam arena perjuangan Revolusi di Iran, Abraham McBell (sape hah tokoh ni?), pendek kata mereka ni semua punya peran kritisnya untuk manusia lain. Lagenda ke hari ini.
Jadi, begitu la manusia yang selalu kita lihat terberontak di kalangan kita. Positifnya, bukan kerana negetif dari akhlak atau perangainya, akan tetapi potensi mereka untuk terus tidak bergantung dengan manusia lain. Kerana dia tidak mahu bertaqlid seperti manusia umum. Ingin menjadi benar-benar manusia yang dianjurkan sebagai khalifah muka bumi.
Banyak-banyak hal yang selalu dialami setiap kelompok, ada yang ingin mufaraqah dari kelompoknya. Bukan manusia ini tidak bersyukur atau pun ingin tergolong dalam manusia protestan, akan tetapi seperti bicara sebelum ini bahawa; inginkan berlaku kritis atau kelainan dari yang lain.
Kerana potensi mereka adalah hak mereka memilih jalan yang sesuai dan paling relevan bagi mereka menyelinap dalam kehendak mereka. Ya, mereka antara manusia yang tidak bertaqlid dengan suara atau ide orang, seperti berlakunya dalam gelodak Manhal United.
Kerana Manhal United, sekalipun semuanya lari dari sarangnya, ia tetap bersenyum dan sentiasa di bibir manusia-Nil. Dan kini, manusia-Nil menyedari akan hakikatnya walaupun sering dipersenda dan dijadikan bahan ketawa manusia lain kerna potensi ahli tidak sering memihak kepadanya.
Dan kini juga, Setiap dari kelompok-kelompok yang wujud turut harus berterima kasih kepada Manhal United kerana mengasaskan potensi bakat-bakat yang ada di seluruh kelompok yang wujud kini.
Atas usaha manusia kritis, telah menghasilkan berbagai tokoh, dan tokoh ini sebenarnya bermula dari tapak yang satu. Bukan berkemampuan untuk terus melangkah ke langkah-langkah seterusnya.
(Iklaneka: Manhal United adalah simbol Kelab Sukan kurang namanya di kalangan student Malaysia-Cairo. Manhal United juga sehingga kini masih mempunyai ahli-ahlinya bagi memenuhi aktiviti-aktiviti sukan dan anjuran dari segenap penjuru kejohanan di kalangan Student Malaysia-Cairo.)
Note: Mufaraqah= Keluar (berpecah atau keluar dari kelompok)
Taqlid= Ikut (Ikutan dari pendapat atau trademark)
Kalau manusia yang tak reti menjaga mulut mesti melatah; "Cam sial Jah Hidup ni. Pagi petang Malam Pagi duk mampus dalam Umah jah. Memang durjana Hidup ni..". Tapi manusia tetap normal sekalipun emosionalnya melihat telatah manusia Negetif.

