Saturday, May 22, 2004

Minda Melayu "Versi Arab"

Kalau Cipong, dia guna minda kronik. Dan tokoh di rantau Asia, Dr.Sidiq Fadhil lak, ada judul buku Minda Melayu Baru. Tapi yang dia punya Versi Melayu n Class Triple A punya.

Esok ni aku ada exam. Tadi tido bangun awal sangat. Tak tahu nak buat apa. Takde Movie yang bez... Baca pun dah tak tenteram. Duk msg sana sini.. atlazt, abis credit. Nak kena tambah pulsa la plak. Sume busan je. Otak ni, walaupun besok nak exam.. Cam kosong.. Tong Kosong.. Tah boleh isi apa..

Pegi-mari, pusing sana sini dalam umah. COz takde orang kat umah. Sume pakat Balik xm kat Cawangan masing-masing Tinggal aku ngan Basdi Ali. Senior kat sini. Orait la.. Dia pun duk layan News.

"Baik aku kuar jap la. Cari angin." Mula-mula niat nak rantau-rantau saja. Tersangkut Plak kat CC ni...Lahai..."Ade mende mesti kena wat ni"... Sebagai habuan utk hari ini.. 22 Mei Aku dah tukar templet baru .."lame dah aku nak tukarkan nepkin dia" Haha...

Dah pakai baju baru, seluar baru, smeua baru la.. kira nya kena tukar pe'el baru n minda yg baru.. Jalan Idup pun baru.. dan exam pun.. kena bagi result baru.. Mean, kena gempaq dari yg lepas..

Btw:.. Selamat Imtihan Buat Member Yang Tgh Exam tu Coz ada subjek yang dah start Rabu Lepas..


Saturday, May 15, 2004

passing Over2

Passing Over



Agaknya, sudah lama aku tidak berkerah 'brain' supaya aktif dalam perkara 'Sahwah'. Setelah hari yang telah mencatatkan banyak peristiwa. Dari Jemapoh ke Macherstea, Kota Bharu ke Autria, Gorgiea ke Israel, Petaling Gagal ke S.Afrika, juga dari Ambon ke hamburg dan New York ke South of THailand.

Banyak lagi tragedi demi tragedi yang telah dikambus dalam diary para pemangsa. Untuk tempoh terdekat kini, jangan harap diari ini akan diangkat untuk dibentangkan dalam sesi peri-manusia dan untuk berjaya dalam konsep HAM.

Walaupun tempoh ujian pangkat untuk penulis sudah hampir, tapi entah alasan apakah yang paling kukuh supaya ujian, pelajaran, catat hidup dan segala hal mengenai diri ini; dapat seiring digenggam agar satu pun tidak cicir. Susah nak jangkaukan.

Kelmarin, satu fenomena yang sudutnya turut bangga walaupun dalam karenah sana sini, mampu mengemudikan majlis berprestij dunia sebagai susulan menentang aspek-aspek ganas. Terutama dalam Ucapan hari pembukaan The World Aconomic Forum's di Jordan oleh Malik Abd al-Sani bahawa; kegagahan Ekonomi di setiap rantau tidak mampu menjamin masyarakat sekiramana sudut keadilan, persamanaan dan penghormatan antar sama lain tidak di tegakkan.

Begitu juga, dalam ucapan pembukaan majlis tersebut, beliau turut menyentuh perihal kemanusiaan di Afghanistan, Iraq dan Palestin terutamanya, dan kepincangan Israel; dalam konsep membangunkan ekonomi dunia terutama di rantau Arab yang kini turut ghairah dalam polemik siasah dan ekonomi.

Mungkin untuk sehari dua ini, dunia Arab akan tenggelam dengan desas-desus Forum tersebut dan untuk tempoh terdekat nanti, pusingan Liga Arab akan kembali menentukan peranan rantau Arab. Dengan respon media antarabangsa mengenai isu-isu di Iraq, Palestin dan pengaruh 'Menentang Keganasan', Liga Arab kembali bersiap sedia dalam medan suara-suara antara pertubuhan hak Asasi serantau.

$5^^^&$%&**&*()(*)$%%$#$%$#%^&*&_)_&^$#__$#@@#%%jm,)$#@

Sebenarnya aku nak tulis apa pun tak tahu, juz nak update blog ni. Sementara nak tinggal untuk xm akan datang. Huh.. Exam aku 23 ni. Nkorang doa la deh..

%&*89-07978^%^#$$%#%#_+()(%$@#@)(__++*%^%##@$&*())&^$$#$#

Selama sebulan otak ni tak cuba berfungsi dalam hal kemanusiaan, sebenarnya rutin dan otak menjalankan proses macam biasa. Cumanya tak tahu label manakah yang perlu di ketogeri brain ni tiap-tiap hari; prograsif atau agrasif?

Tetapi, ketika senstiviti masyarakat Islam di rantau Arab terguris sejak 1948 dengan tragedi Palestin-Israel, dan Tragedi Afghan, Iraq lewat 1999 dan 2003, Chehnya, dan lain-lain tempat, masyarakat Melayu kita mungkin dan kebarangkalian hanya sebahagian sahaja yang tersentuh dengan aksi penyembelihan Ambon, Posa dan di rantau Indonesia.

Tidak jauh juga, ketika umah Islam meriah menyambut Maulid al-Rasul, gempar pula kejadian pinggir jiran Melayu. Juga bangsa Melayu yang tinggal di Selatan Thailand.

$6^^&*^&()_)(_((%^$$#@))_*%^#@#@*()__&$#@!^&(H^#%#$&V*V!^

Aduszzz.. Tetiba je sakit perutt.. Hemmmm