Friday, March 26, 2004

Respon Pemilu Di MidEast

Respon PEMILU:Kuasa Merentas Emosi

Kecoh satu wilayah. Bukan di Bandar permai Melayu sahaja, bahkan melibatkan suasana Malaysian dalam lingkungan Bangsa Arab turut 'Aghlabiah' dengan respon Pemilu 2004.

Ketika itu, jam 4 petang -sedang bersiap-siap ingin bermain bola. Massage diterima: segalanya kecundang. Massage kedua pula sampai: Gembira. Pertembungan dua aliran perjuangan di antara hidup manusia melayu.

Bagi aku bukanlah melibatkan mana-mana aliran. Yang penting Islam. Itu yang terutama. Secara zahir, penilaian antara kedua-duanya jelas. Kerana kita termampu menghukum. "Nahnu nahkumu bizZawahir". Tidak layak pula dengan kuasa penghukum diri menundingkan pula terhadap yang salah dalam adat kehidupan. Kerana aku tidak mampu melaksana, sekalipun aku bergelar orientasi Fiqh.

Seruan teks-teks suci al-Quran jelas: Lebih berhikmah dan Lebih sulit untuk disampaikan kepada mereka yang menjadi mangsa kesalahan. Usaha-usaha dalam janji-janji penilaian surah al-Mulk ayat 2 meletakkan setiap sesuatu yang berlaku dan dihadapkan pada manusia supaya memilih mana satu baik dan buruknya. Dan Dia Maha Penghitung dan Pengampun.

Munasibah dari ayat-ayat sebelum itu juga, Allah mendekatkan manusia terhadap segala hal kejadian adalah miliknya. Tidak kiralah dari aspek bagaimana ingin diimaginasikan. Dari hal kejadian langit dan bumi, alam sekitar sehinggakan lingkungan hidup manusia. Baik buruk adalah satu ketentuan dariNYA. Itu adalah Iman dalam mencari keredhaanNYA.

Dalam fiqh kehidupan, tidak dinafikan, bagi sebelah pihak akan mengatakan; "Inilah perjuangan yang sebenar. Berpaksikan al-Quran & al-Sunnah". Tidak pula bercanggah dengan suara pihak lainnya." Ini tanah kita Melayu. Melayu sinonim sebagai Muslim. Kita masih perjuangkan Islam". Masih ada suara;"Bijak dan Petah suara kalian".

Mungkin benar banyak hikmahnya selepas Pemilu kali ini. Bermula dari diri, tetangga, kelompok, dan lagi dalam organisasi akan terus menganalisis keputusan berjaya dan kecundang dalam mencari sebab musababnya. Hanya respon pemerhati sunyi seperti aku ini, mungkin didengar oleh telinga atasan belum tentu untuk membuka hati aku sendiri, malah untuk sama-sama berbincang titik temu segala hal yang bercambah ini.

Mungkin lebih dekat lagi respon yang ingin diberikan melalui pendekatan optimis bagi setiap diri, tetangga dan keluarga serta publik dalam ketelusan 'Lisan Hal' perseorang. Untuk lebih memahami, masyarakat kita yang berbilang peringkat punya peran sendiri. Tetapi yang lebih jelas apabila manusia lebih ghairah dalam fenomena politik dalam negara, hinggakan perihal lain masih ketandusan untuk membumikan masyarakat Islam yang Islamisasi. Bukan hanya bersuara dalam polemik Islamisasi.

Cuma sikap Islamisasi yang bagaimana seperti teks sabda Rasul S.A.W dalam pengamatan manusia dalam (Lisan Hal Afsahu Min Lisan Maqal)Lisan Perbuatan Lebih Berkesan dari Lisan Perkataan. Dengan makna, Qudwah Hasanah yang dipamerkan dalam gerak geri al-Quran sebagai Akhlak Rasul.

Bukanlah hanya kita tentukan suara-suara nyaring kita dalam membenarkan ini aliran kita, dan ideologi kita. Bukan saja menyarankan konsep Islamisasi atau al-Quran dan al-Sunnah sebagai pegangan. Kerana bermulanya seseorang beriman dengan Allah, pasti al-Quran dan al-Sunnah menjadi dustur hidupnya, cuma yang tinggal bagaimana diolah bagi setiap personal seseorang atau kelompok sehinggakan diangkat menjadi lapitan pakar politikus untuk merangkul argumen kekhalifahan.

Kerana juga, Lisan Hal yang dimaksudkan adalah lebih sulit jika dibandingkan dengan argumen-argumen ciptaan pakar politikus yang inginkan pengaruh dan kemenangan. Lebih amat lagi, Lisan hal yang mempunyai dua saluran yang positif demi menjiwainya. Pertama (Ruhiyah Bain al-Lah) Hubungan rohani dengan Allah dan kedua (Ruhiyah Bain al-Nas) Hubungan rohani sesama Manusia. Bukan yang berkaitan zawahir semata-mata.

"Sesungguhnya yang paling mulia antara kalian di sisi Allah adalah Ketakutan (Taqwa) kepada Allah"

Paichowan,Cairo

Saturday, February 21, 2004

Kerana Chenta!@!!!!!

Dari Puaka Khayalan Yang Berani Terjah Dalam Iseng Ku

Kelambu belukar

Saat tika...
Kelambu belukar membalut tubuh
Tiada pun sebutir pelita
Tapi mencuri aman, senang, ketenangan mencari rembulan membawa gempita

Ada kecoh yang sedang rusuh-rusuh
atas menonggak, kiri dan kanan terpaling, semakin terasing....
mencari suara-suara bising

Ada bocah yang mencelah-celah
langit berbintang, bunga di taman, kupu-kupu temanan....
sang pemilik tidak keruan di sisi tangan

Aku masih berkelambu belukar
Resah, rimas, mengah mencari arah

Wahai Maha Penembus belukar
Hanya padaMU aku berserah

Cairo, -Sabtu 21/02/2004
1 Muharam 1424

__________________________________________

Buat Pejuang Bangsa Dan Pembebas Jiwa Dan Peneroka Dunia

Rasional & Revolusiner

Kita tidak nafikan, era infomasi sekarang telah banyak meru -bah manusia. Erti kata lain, manusia yang mampu berdaya saing dan tercabar dengan gelodak era kesejagatan manusia. Penuh tipu-daya serta tribulasi yang kemungkinan besar kudrat tidak mampu mengawasinya.

Manusia yang punya sedar diri bertungkus-lumus menghasil -kan produk terbaik untuk hidup. Menjadi manusia yang agung serta dapat mengheret marahin-marahin terbiar dan kolot serta menonjol diri sebagai pemacu Revolusiner.

Manusia sebeginilah yang memberi impak kesedaran dan per -ubahan semasa. Membuka minda, menganalisis usia, tempat, kejadian, hukum-hakam, dan segala argumen bersifat kontem -poreri. Bukan itu sahaja, bahkan, mereka juga bertanggung jawab merosakkan imej manusia kerana sifat kritis dan penuh rangsang untuk mencapai revolusiner. Sehingga peri sedar diri tidak ditapis dahulu dengan imej manusia sebenar dalam mene -rapkan religuistik dalam diri.

Alam falsafah serta rasional direntasi untuk mencapai nikmat hidup. Orientasi (murni) tokoh-tokoh Islam dengan konsepnya sejak berzaman telah membuktikan kematangan akal dipasti -kan agar benar. Tidak kepada Assyairiah dahulu, tetapi telah kembali sedar kerna dorongan akal hakikat. Mereka kembali kepada Asyaari, bukan Ali al-Jubbaei.

Jika sebelum ini 'MR alMustaqem' pernah menulis, manusia yang bertuhankan Pemimpin. Terlalu umum untuk dikenal pasti. Tetapi spesifiknya, golongan yang 'Khawas' (khas) mela -kukan takwil-takwil dan lebih ramai manusia meletakkan akal paling teratas. Dewa dalam hidup. Kerna sifat yang melonjak-lonjak untuk mencapai 'hak asasi kebebasan berfikir' telah taksub. Mereka percaya, "Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada manusia. Gunalah semaksima mungkin". Habis-habis -an mereka menggunakan akal untuk diserasikan segala perihal dunia agar diterima logik. Akan tetapi, mereka tetap jahil dalam perihal keajaiban, kesangsian, maka bersuara, "tidak masuk akal".

Tidak kurang juga segalanya tercetus atas teologi para filsuf. Bagi filsuf Islam, ya, mereka adalah rujukan manusia muslim sekarang untuk menelusi methodologi mereka. Teologi al-Ghazali mendapat kritikan hebat dari tokoh-tokoh agama. Se -hinggakan perbalahan ilmiah antara kuasa revelisonal dan rasional telah terhasilnya kitab 'Ihya ulum l-din' (menghidup -kan Ilmu-ilmu agama). Mungkin ketika itu sibuk dengan kesan polemik syu'ubiah dari beberapa pujangga seperti Firdausi Abu Qasim al-Mansur. Seperti juga dunia manusia kini.

Berterusan ilmu teologi. Ibn-Rusyd, yang menjadi keagung -an buat peradaban barat yang masih berbisik; "Kalau tidak kerana mu Everros, masakan bangsaku sedemikian rupa". Ibn Sinna, Ibn Khaldun, Ibn Tufayl, Ibn Majjah dan ramai lagi.

Kita melihat sejarah mereka merentasi falsafah serta method revolusiner dalam hidup adalah sesuatu ilmu berharga. Mereka menganalis berintikan sifat-sifat religius yang amat kukuh. Al-Ghazali, tokoh fiqh yang hebat. Ibn Rusyd yang kuat pegangan agama dan Faqih tentang hukum hakam, juga bergelar 'Qadhi l-Qudhah'. Ibn khaldun, dan di era revolusiner -Jamaluddin, M.Abduh, serta mereka yang telah melakarkan nama di papar -an sejarah Islam bahawa; mereka ini penuh dengan ketaksuban Imaniah dan Tauhidiyah kepada yang Esa. Bukan hanya berke -rah akal dengan mengukuhkan methodologi untuk diguna dan dipersembahkan, malah tidak faham.

Kalau begitu, tidak ada bezanya jika berlurus mengambil methodolgi mereka tanpa mengukuhkan keImanian diri. Cukup -kah dengan berbisik, "Aku juga manusia muslim. Aku solat lima waktu dan laksanakan rukun Islam". Pasti manusia masih ingat maksud Imam al-Syafie r.a, "Hanya satu peratus sahaja ilmu ku mampu ku curahkan kepada kalian. Jika ku curahkan seluruhnya pasti kalian menganggap aku tidak siuman".

Manusia boleh agung jika manusia tahu teologi mereka. Manusia rasi untuk dipersembahkan. Manusia matang untuk di suaikan menelusi aliran zaman.Tapi tidak kurang juga manusia seolah sebahagian Matmaghandi, Aristotle,K.Marx dan para filsuf dunia yang berbeza. Berbeza dalam sifat religius dalam diri manusia yang fitri.

Tidak pula manusia konservatif tidak menjamin peredaran semasa. Lokal klasik muslim mungkin dimana-mana berada dalam beragama, namun suatu keaslian tidak dapat ditinggal -kan, bahkan sentiasa dirujuk bila berlangkah, malah lebih kuat jika sedar antara manusia ini sama rata -faham. Dia Maha Bijaksana.

"Dengan itu Allah akan membezakan orang yang jahat dari -pada orang yang baik dan menjadikan orang yang jahat itu setengahnya dengan yang lain bercampur-aduk sekaliannya, lalu Allah memasukkan mereka ke dalam neraka. Mereka adalah orang-orang yang rugi",8:37.

Pernah di Siarkan dalam Thaqafah Bulanan ISEK (Ikatan Setia Kawan Cairo) Edisi November 2003