Thursday, April 10, 2003

"puisi..apasal asyik sajak sedih je? , ke ada problems?? kalau
ada prob, share le ngan kawan, sebab " A problem shared is a problem
halved".


Sayu plak bila ada kawan-kawan ingin sama berkongsi kepahitan sama ngan aku. Entah lah sejak kebelakangan ini -memang benar, kehidupan aku agak rumit dan menambahkan gusar di hati. Aku pun tidak tahu dari mana punca asalnya. Terlalu banyak sumthin yang aku pikir dalam otak ini sampai tak tersusun. Lebih-lebih lagi segalanya datang bertimpa-timpa.

Bila setiap kali aku ingin rungkaikan problem tu, meraba-raba jugak aku mencari pangkalnya. Biasa la kehidupan orang muda. Selalunya banyak masalah yang tak 'terjijak' dalam realiti hidup ni. Kata orang banyak 'berfantasi'.

Bila di pikir balik, tak semua sifat 'fantasi' tu benar-benar kosong. Ada kemungkinan -barangkali, boleh jadi sesuatu yang 'real'. Kerana setiap hasil imaginasi atau fantasi hidup kita pernah dilalui oleh golongan manusia macam kita. "Sejarah akan berulang" -aku pun tak tahu macamana aku nak serasikan perkara ini dalam kedudukan aku sekarang -Dalam merentasi dunia remaja ku.

Nah, tentu nkorang semua takkan faham maksud aku. Susah sangat. Aku sendiri adakalanya pening dengan kehidupan aku. Nak kata tak normal, well masih boleh berfikir cam nkorang. Berjalan pun sama lurus cam nkorang. Makan pun sama 'lalu' cam nkorang. Cuma tidur jek tak menentu. Mungkin kesan dari banyak sangat berfikir sehingga terbawa-bawa waktu nak relax atas ranjang.

Namun, kalau aku tengok hidup aku sekarang, aku takkan nyesal. Dan kalau nak bandingkan dengan sekeliling aku, kita dan dunia adalah lebih teruk lagi. Lebih menghibakan lagi. Mana taknya, seluruh kemanusiaan yang ada di bumi sekarang telahpun porak-poranda. Kita lihat samada dari segi sosial masyarakat, politik, dan keagamaannya telah meruntuhkan sifat 'ketamadunan moden' dan dicabuli sendiri oleh kita, meraka dan dunia semua.

Mungkin beralasan ini juga -aku wajar bersedih, dan cuba mencari jalan berfikir untuk duniaku, kehidupan ku ataupun meneliti kembali kewajaran yang strategik bagi aku menelusi kehidupan ini. Bahkan, aku perlu 'asuh' kembali aliran hidup ku agar tidak menyalahi tatasusila seorang manusia seperti 'aku'.

-Normal la cam ni. Manusia yang tidak punya problem agaknya ada sumthin yang kita semua sudahpun tahu. Mungkin orang yang tak ada problem tu hidup dia tenang, tak payah duk pikir apa-apa -kerana akalnya sudahpun tidak berfungsi. Sekalipun kepada manusia yang pegang prinsip 'happy good lucky' -penuh bergaya menghadapi hidupnya -"lu tengok cam gua, relax jek", semestinya mereka juga punya problem. Namun sejauh mana berat atau ringan problemnya tetap juga dinamakan "problem".

"Kenapa ni, hang banyak sangat diam sekarang, selalu kuar rumah sorang".. penah gak housemate aku tanya aku cam tu. Erm, maybe la dengan tindakkan aku cam ni diorg terasa. Dan diorang pun cuba selama dan kongsi sama dengan aku. Tetapi, cam aku katakan tadi, aku sendiri pening dengan masalah aku ni. Nak cari punca-pangkal persoalan tak jumpa.huh!!!

Tapi, nkorang semua juga pernah rasa cam aku ni. Dan nkorang pun sama cam aku agaknya. Pada waktu-waktu cam ni pun tak semestinya aku 'muram','monyok', 'moody'. Kan aku cakap, aku normal cam nkorang jugak. Biasa la hidup ni, masing-masing ada 'cara' tersendiri. Maybe cara hidup aku macam ini. Cuba bermasalah dengan masalah yang datang. Dan sifat berani cuba ini aku yakin akan mematangkan lagi kehidupan aku akan datang, insya-Allah.

Alhamdulillah, aku bersyukur pada tika ini. "Terima kasih housemate aku, kawan-kawan yang di 'sana', juga di Malaysia kerana masih tetap punya prihatin terhadap aku". Ingat-lah dengar lah, aku masih tersenyum tika ini. Masih bisa mengurus hidupku di sini. Walaupun masalah datang bertimpa-timpa, orang lain lebih teruk lagi dari aku. Dan pikirkan balik, masalah yang dihadap terhadap mereka yang lain bukan jenis cam aku, bahkan lebih terus lagi, lebih berbentuk 'real' -'live' dan sudah tentu melibatkan perdarahan jiwa, hidup dan nyawa.

Well, aku, kita semua sama-sama doakan untuk kehidupan kita semua. Dari arah 'Barat' mahupun 'Timur' dan juga dari 'Utara' ke 'Selatan' agar kesenangan dan keamanan berpaksi di kehidupan kita. Juga di seluruh peringkat 'kemanusiaan' serta 'ketamadunan' di dunia baru kita iaitu dunia globalisasi tidak memerlukan lagi desakkan seperti sekarang.

Paichowan, Cairo
10.04.03

Monday, April 07, 2003

èÃÒÒËÒéÕ鿺ä·ÓHimpunan puisi-puisi aku selama aku tak update jurnal aku ni. Ah bubuh jek la.. kekadang aku pun nak tergelak dengan kehidupan harian aku.. penuh dengan fantasi.. tapi ada juga realiti.. Nak kongsi sama pun boleh juga.. antara kita semua sama.. kita ada dari kata nama satu ManusiaË¿éË¿ÒèËè¿ÒËÒ¿Ò˿˿äÓ¾Ê

-Saksi Derita-

Bunyi suara mencecah kontang
"Celaka seribu keturunan celaka"

Batu-batu berbisik
Pasir-pasir memekik
Di celahan pertelagahan musuh alam
Di tanah gersang semakin usang

Titik bengis mencela tangan-tangan itu
Songsang, membunuh tanpa reaksi hukum alam
Manusiakah mereka?
Ternoda, segala punah ranah tersiksa

Tanah itu, pasti saksi derita.

Paichowan, Cairo
CC P.Janggut
23/03/0

-------------------

-Tangan-tangan kita-

Hari.. nan hari
Bongkah resah dari hati ini
Dan di blok Asia Barat sana...

Aku, kamu dan kalian
Masih petah dalam menilai alam
Melakar harian tidak tahu ke mana
Tapi.. Tidak akan, Tak putus asa
Kerna Hari ini dan esok lusa
di tangan-tangan kita.....

Paichowan, Cairo
CC P.Janggut
27.03.03

------------
-Penuh Rahsia-

Tuhan....
Lirik merangkul wajahnya kembali
Terbelai dan semai bertumbuh di jasadku
Otak ku, khayal ku, renung ku
Kenapa dia hadir?

Tiupan lembut debu-debu dalam kalbu
Sang pencuri hati
"Tak mahu lagi aku kejar dia"
Dari gugus hati seorang pemuja
Aku pemuja, derita... tidak sesiksa di 'sana'
Tapi muncul bertimpa-timpa
Bukan paksa, tapi hamba mu ini kelu dan lesu
Menjadi sang pemuja, telah pun terpukau sasau

Kembalikan hati ku
Aku tidak perlukan mu
Hanya pada Mu

Paichowan, Cairo
Ruang Tamu H10
30.03.03
am 4:27
---------

-Aku dan Perahsia-

Penipu!!....
Hati lesu semakin rindu
Angkara dia, sang perahsia
Bukan helah untuk menghukum mana yang salah
Tapi...Entah.. kenapa sebegini

Aku pendusta, penyiksa
Menyelat hati dan isi di batin ini
Sejauh mana terderita?
"Adakah hanya ikut usia remaja sahaja?"
Tidak.. tak mahu aku jadi bodoh atau...
Eloklah...jika aku menjadi si penipu atau pendusta
Kerna ini bukan 'cinta' pandang pertama

Paichowan, Cairo
(Perahsia)
31.03.03
Am 5:00

---------

-Sirna ku Kenal-

"Aku kenal... kenal sungguh-sungguh"

Bersilih ganti sebegini
Tapi asing pada kali ini kerana satu yang pelik
lain dari yang lain

Semalam bersinar menyuluh kenangan
Dari Cahaya yang ku kenal
Berjela-jela terkenang yang bertangkai-tangkai

Momok gempita telah berganti pelita
Dosa dan dusta tiada lagi, sudah berlipat pahala
Tiada resah gelisah tapi semakin bererti
Untuk mencari kehidupan abadi

"Biar betul!!!"
Atau aku memang terpukau menjadi angau dan sasau?
Tapi....
"Hanya si pungguk dan si bulan"
Berbeza untuk di capai tak tergapai
Tapi semalam, Hari ini
saksi... saksi diri pada ku
Hanya aku... aku tahu

Paichowan,cairo
H10 Ruang Tamu
31.03.03
pm 21:18


------------

"Pencarian"

Di mana engkau
Engkau... pesuluh cahaya nur rohani

Engkau harus jadi isi pada diri ku
Antara bumi dan langit
Bulan dan matahari
Laut seluas mata tak terpandang
Angin yang membawa segala ria dan keresahan
Sokhra' yang membimbangkan
Dengarlah suara hatiku ini
Aku sedang mencari mu

Paichowan, Cairo
PC MMEINS
6:46 pm
4.04.03

--------------

Duhai Mata Pejamlah

Semalaman masih tak pejam
Pejamlah.. pejam mata ku agar lena
Lelapkan mata dalam gelap ini
Dalam kamar ini

Bukan yang pertama
Segala menjengah hadir
Kusut berangkai-rangkai berjela-jela
Tidak tahu dari mana ianya muncul
Memenuhi seluruh sudut kamar ku.. jasad ku
Walau gelap tanpa cahaya.. dia sudahpun hadir

Pejam... pejam memujuk resah
Bayu pagi turut memdodoi pujuk
Suasana membelai tak putus bernasihat
Menjaga jasad dan jasmani ini
Agar tidak lupa pada diri

"Benarkah antara aku dengan dia"
Suara irama di sisi tekun memujuk
Agar aku terus lena
lena tanpa keluh kesah gelodak jiwa

Paichowan
Di kamar
7.04.03
am 4:37
------------------