Tuesday, December 10, 2002

10 Disember,-Hampir sebulan lagi student sini akan menduduki imtihan untuk fasal pertama 2002/2003. Hope Allah succeskan perjuangan students sini. Amin..

Aku yang masih berkeliaran, di bumi kaherah- menanti kerja sampingan selesai. Entah bila berpeluang memijak kembali tanah pengajian ku di Damahor.. arghhhhhhhh !! tensen.. fuh.. ada 2/3 urusan lagi.. insya-Allah akhir minggu ni siapla.. and bley aku balik Kg ku dan berjuang sesama sahabat2 ku di kampung tu..

Dalam sedar x sedar.. erm dah dekat tahun baru. Dah lama aku hidup.. Dah lama duniaku berRemaja.. Apa yang aku dapat? Apa yang aku peroleh dalam membaktikan diri untuk Agama, bangsa, dan Negara? Tah la.. Sedangkan menantikan tamadun kian pupus? Atau menantikan fantasi diri memancarkan realitis hidupku ini.. ermm. banyak betull khayalan yang aku cipta..

Dalam masa yang sama. Dunia milik kita semua makin terancam, makin dikecam, makin dihina -dirampas oleh mereka yang celaka. dari Kurun 7 hingga akhir kurun 18 kita terjulang.. Bilakah tibanya keceriaan kita bersama dari bumi Palestin, Cechan, kosovo.. Di Aidilfitri sendiri mereka kehilangan suasana milik bersama.. bandingkan antara kita..blur aku bila berhadapan situasi pekak ini.

Pejam Sedar, Renung Fikir -Semoga Allah SWT membuka pintu hati kita..

"Menyorot Arah"

Friday, December 06, 2002

Selamat Hari Raya buat semua yang kenal aku mahu pun x kenal.. Syawal pun dah jelma.. dan Ramadhan pula telah meninggalkan kita.. sedih gak la.. hope berkesempatan skali lagi jumpa dia..

Pagi Raya; sensitif betul time tu. Mane taknye, pakai baju raya (walaupun yang 3thn lepas) masih teringat bahang beraya kat kampung. lepas solat raya bermaafan semua orang kampung dan balik beraya ngan Ayahda dan bonda tercinta seterusnya ngan adik beradik..

Tapi kat sini hanya bley emigine je.. hanya harapan dan doa je bley temankan emosi aku time tu.. tgk kengkawan semua kontrol kesayuan masing-masing. fuh.. sedih ma..Lepas je semalam raya saling bersalaman dan terus celapak ke Rumah jamuan pertama.. N kelam kabut balik nak buat persiapan open house umah aku plak.. fuh.. Alhamdulillah banyak gak sambutan.. eid mubarak pada semua.. kullu 3am we entum bikhair.